Sebenarnya saya dah malas nak berkecimpung dengan MTUC, tak abis-abis bermasalah sejak selepas Tan Sri Zainal Rampak kalah dalam pemilihan, semenjak itu MTUC selalu bermasalah, ada sahaja yang tidak kena, mencari salah.
Mesyuarat baru mula ayat pertama keluar "point of order" lepas itu berkisar mengenai Perlembagaan MTUC, ada sahaja yang tidak kena, semua salah.
Bila saya baca Minit Mesyuarat MTUC, adeiii... letihnya.. isu yang banyak ada tidak dibincangkan... yang ada orang ni salah... orang itu salah... tapi isu pekerja.. isu melibatkan kementerian entah kemana... itu belum emai yang dihantar si A tulis... si B pun menulis... entah apa-apa... yang saya nampak masing-masing cuba membuktikan kebenaran tapi tiada yang cuba cari titik persefahaman untuk sebuah penyelesaian.
Kini keanggotaan gabungan makin berkurangan, yang tidak membayar yuran gabungan sehingga hilang kelayakkan makin bertambah, penubuhan kesatuan baru makin berkurangan... yang ada asyik bercakaran... entahlah sampai bila... kelmarin jumpa satu pemimpin kesatuan yang juga melahirkan rasa bosan dengan kerenah yang berlaku.. sempat beliau katakan "kalau macam ini aku tak nak bayar yuran gabungan lagi"... tidak ke mereka yang menjadi pemimpin cuba menyelami hati kepimpinan gabungan lain yang dah makin "cemuih" dengan kerena yang dibuat... sebagai pemimpin hati nurani gabungan juga perlu dibaca, kerana kami bukan mudah terpengaruh dengan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan dengan tujuan untuk mempengaruhi kami.
Nama "BARISAN MANTAP" adalah idea saya sendiri... niat dihati adalah ingin memantapkan MTUC... ingat dihati agar MTUC kembali berjuang untuk kaum pekerja seperti satu ketika dahulu...
Tapi sayang.. bila kejujuran tiada.. banyak sangat "game".. permainan kotor... yang mengambil kesempatan... yang berkepentingan diri... sekadar hendak nama.. sekadar hendak jawatan... tapi tanggungjawab... dasar MTUC entah kemana... dah macam main masak-masak...
Sejak pemilihan MTUC yang lepas.. saya dah menjangkakan apa yang bakal berlaku... jangkaan saya benar... Mesyuarat Majlis Am hampir tercetus pergaduhan... tidak pernah berlaku dalam sejarah MTUC selama saya berkecimpung dalam arena kesatuan sekerja.
Sejujurnya saya dah menjangkakan.. saya terus menjauhkan diri.. walaupun ada yang berusaha mempengaruhi untuk hadir dalam Mesyuarat Majlis Am... dah tawar hati... sebab mereka tidak pernah berubah... maka lebih baik membisu dan menjauhkan diri... bukan bermakna merajuk.. tapi dah tahap membosankan...
Apalah nak jadi dengan MTUC? kadang-kadang bila perhati semua dah tua.. tapi perangai macam budak-budak... malu kepada generasi muda... malu pada golongan belia... malu pada semua...
Namun saya tetap menaruh harapan mereka mampu kembali ke pangkal jalan, memertabatkan MTUC.. kembali kepada dasar MTUC.. kepada yang berkepentingan... yang mengambil kesempatan... saya mohon hentikan semua ini.. lihatlah diluar sana... banyak isu melibatkan kesatuan sekerja... banyak isu melibatkan kaum pekerja...
Jalankanlah amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan.. ingat kita akan dipersoalkan dikemudian hari... hentikanlah permainan kotor... tenguklah cermin... adakah kita benar-benar berjuang demi kaum pekerja di negara ini?
Sejujurnya umur kita sudah penghujung, jawatan sudah tidak memberi apa-apa pengertian... saya sendiri kalau dalam MTUC sudah tidak berminat lagi.. kalau ada pun.. hanya berharap... generasi muda@belia yang mengambilalih kepimpinan MTUC... yang lama.. yang bermasalah... sudah-sudahlah... hentikanlah... kerana... saya sudah bosan melihat telatah kamu...
Andai kamu semua terus bermasalah... saya sarankan agar pemilihan semula diadakan atau carilah jalan perdamaian.. fikirkan kepentingan gabungan dan warga pekerja yang seolah-olah telah kehilangan payung tempat berteduh.
Niat saya ikhlas... demi kepentingan kaum pekerja... malah pandangan saya supaya pemilihan diadakan bukan bermakna saya ingin bertanding semula... saya sudah cukup dengan jawatan yang saya sandang kini.. yang ada dalam hati untuk melahirkan kepimpinan muda terus berjuang bukan sahaja untuk RUM tapi seluruh kaum pekerja di negara ini.. tumpuan utama kini hanya dengan RUM.. sebelum saya bersara dan meninggalkan terus organisasi kesatuan sekerja.
Mudah-mudahan ada kesedaran kepada semua mereka agar ikhlas dalam perjuangan... ikhlas untuk kembali kepangkal jalan dan berjuang demi kaum pekerja.
Saya juga berhak menulis bagi pihak RUM, kerana RUM adalah gabungan yang berfaedah, maka RUM menulis agar diluar sana dapat membaca dan memahami apa yang berlaku dalam MTUC, kerana RUM adalah gabungan yang berfaedah tidak mahu jadi mangsa kerana mereka yang bercakaran.
Sudah-sudahlah... hentikanlah semua itu, kembalilah kepada dasar perjuangan Kaum Pekerja, dasar dan matlamat MTUC itu sendiri kerana kami mahu MTUC kembali gah seperti dahulu kala walaupun tidak sehebat organisasi kesatuan sekerja di luar negara.
Semoga dengan tulisan ini ada kesedaran dari mereka semua agar kembali kelandasan perjuangan dengan satu matlamat Memertabatkan MTUC.
Presiden RUM
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
07 Mac 2018
Home »
» DARI KACAMATA PRESIDEN RUM
KEMELUT MTUC
DARI KACAMATA PRESIDEN RUM KEMELUT MTUC
Rabu, Mac 07, 2018