RUM banyak menulis mengenai RAC sebelum ini, apa yang RUM tulis adalah berkaitan dengan RAC yang hanya pandai mengutip sewa, hal-hal lain bermasalah, malah pelaksanaan projek Skypark juga bermasalah sehingga Audit Negara membuat komen.
RUM menulis bukan untuk mencari salah, tapi adalah kerana ingin membuktikan RAC sebagai satu Perbadanan yang tiada berkemampuan malah berhasrat menonjolkan diri hanya berpegang kepada Akta Keretapi bahawa semua aset keretapi adalah milik RAC, tanpa menilai dan mengkaji apa itu Keretapi Tanah Melayu Berhad, termasuk sejarahnya, dasarnya dan mengapa ianya diswastakan.
RUM juga tidak salahkan RAC kerana RUM mengetahui kelemahan ketara yang wujud malangnya tangan-tangan ghaib yang menjadi dalang kononnya untuk menyelamatkan keberhutangan KTMB lebih kurang RM 2.8B sejak pengswastaan tapi keberhutangan Prasarana melangkaui RM 18B tidak pula dibangkitkan.
Lucunya semua kenyataan RUM secara tersiratnya telah diakui oleh seseorang yang sangat penting, pengakuan ini telah membuktikan semua penulisan RUM dalam laman Suara RUM adalah terbukti benar, tapi malangnya sehingga kini pihak-pihak yang berkenaan masih gagal menghentikan RNAA sebaliknya menangguhkan pelaksanaan RNAA selama dua (2) tahun.
RUM juga menerima maklumat bahawa syarikat yang berhasrat untuk mewujudkan second operator masih terus berusaha untuk mendapatkan hak untuk menjalankan projeknya, mereka tidak berputus asa, manakala Kementerian Pengangkutan terus berlengah untuk membeli lokomotif diesel dengan kepelbagaian alasan serta kajian, bila fikir perkara ini seolah-olah ada kewujudan merosakkan perancangan untuk mengembalikan perkhidmatan kargo yang lebih efiksyen agar ruang dapat diwujudkan melalui pelaksanaan second operator.
Terbaru makluman yang diterima usaha gigih sedang dijalankan melalui teknik melobi untuk mendapatkan kerja-kerja pembaikpulihan lokomotif kelas 24, lokomotif kelas 24 ini telah menjadi satu isu sehingga berlakunya masalah dalaman KTMB, malah RUM amat kuat mempertahankan Lokomotif kelas 24 untuk memastikan kerja-kerja dapat dilakukan oleh pekerja KTMB sendiri, harap Kementerian Pengangkutan tidak tergula-gula dengan lobi yang sedang dibuat dan tidak mustahil kementerian pengangkutan kalah dengan percubaan melobi, al maklum kami kenal siapa Kementerian Pengangkutan.
Biasalah cabaran dalam menghadapi situasi dalam KTMB, yang tidak pernah kering dari permasalahan yang berlaku, mereka tidak mahu melihat kepentingan KTMB, mereka tidak mahu melihat kepentingan pengguna malah mereka akan memberi pelbagai alasan dan pasti alasan terakhir mereka akan menyalahkan KTMB.
Sampai bila mereka perlu berfikir dengan waras demi untuk meningkatkan kepentingan perkhidmatan serta mampu melonjakan KTMB sebagai sebuah organisasi pengangkutan Keretapi yang maju seperti mana negara-negara maju mengolah sehingga sistem perkeretapiannya mampu memuaskan setiap hati pengguna malah mampu melonjakkan ekonomi negara dan kami pekerja tidak akan menjadi mangsanya.
Entahlah....
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
19 Mac 2018
Home »
» KELEMAHAN PERBADANAN ASET KERETAPI (RAC) / KEMENTERIAN PENGANGKUTAN "OUT OF DATE"
KELEMAHAN PERBADANAN ASET KERETAPI (RAC) / KEMENTERIAN PENGANGKUTAN "OUT OF DATE"
Isnin, Mac 19, 2018