RUM menyedari bahawa tuntutan cuepacs umur persaraan dari 60 - 62 tahun adalah tidak releven, malah tuntutan cuepacs bukan baru tapi semenjak tahun 2016, malah RUM sendiri telah membuat komen dalam Suara RUM tidak bersetuju dengan tuntutan ini kerana ianya tidak sesuai buat masa ini di Malaysia.
RUM juga tidak menolak hak cuepacs untuk menuntut umur persaraan yang lebih kerana negara-negara luar telah pun meningkatkan umur persaraan melebihi 65 tahun, maka tuntutan cuepacs adalah munasabah berdasarkan had persaraan di negara luar, namun isu umur pengswastaan bukanlah isu utama yang perlu diketengahkan, sebaliknya cuepacs sewajarnya meletakkan isu utama ialah mengenai kos sara hidup iaitu pendapatan atau upah penjawat awam yang perlu ditingkatkan.
Kos sara hidup adalah isu utama yang berkait dengan kadar upah, maka cuepacs sewajarnya menjadikan tuntutan kepada kerajaan ialan mengkaji kadar upah penjawat awam yang berada diparas kemiskinan. Kajian gaji kepada penjawat awam sewajarnya dibuat berdasarkan praktis kerajaan adalah lima (5) tahun sekali, cuma buat pertama kali dalam tempoh lima (5) tahun tiada pelarasan gaji.
RUM menyedari walaupun ceupacs adalah Kesatuan Sekerja yang gabungannya dari kalangan Kesatuan Sekerja tidak mempunyai Perjanjian Bersama kecuali mempunyai Majlis Bersama Jabatan (MBJ) yang sekadar mempunyai kuasa permesyuaratan tertinggi tetapi tidak mempunyai kuasa "bargain power" selaras dengan konvensyen ILO namun tidak semestinya membenarkan tiada kajian perlu dibuat. Maka sewajarnya cuepacs menekankan tuntutan kajian gaji atau kadar upah atau menuntut pelarasan gaji dan bukannya menuntut tambahan umur persaraan.
Seperkara lagi, dari cuepacs beriya-iya mencadangkan umur persaraan lebih baik mencadangkan kepada kerajaan agar kajian semula dilakukan kepada kadar atau formula pencen, maka jaminan pekerja yang bersara adalah lebih terjamin berbanding dengan pekerja terpaksa bekerja sehingga umur persaraan 62 tahun, sedangkan jumlah yang terlibatnya tidak besar berbanding dengan pesara yang terlibat.
Isu lain yang RUM lihat yang wajar cuepacs perjuangkan ialah "pekerja kontrak" yang jaminan kerja serta faedah pekerjaannya adalah sangat minima, sewajarnya ini boleh dijadikan sebagai isu utama memperjuangkan isu pekerja kontrak agar diserapkan sebagai pekerja tetap, bukan sahaja ianya memberi jaminan pekerjaan sebaliknya faedah yang diterima adalah sama baik dengan penjawat awam yang bekerja tetap.
Sebenarnya banyak lagi yang patut cuepacs memperjuangkan faedah yang lebih baik kepada penjawat awam berbanding dengan umur persaraan, malangnya cuepacs sendiri mencari nahas dengan mendapat kecaman nitezen khususnya generasi muda yang menagih pekerjaan.
Apapun itu adalah hak cuepacs untuk berjuang dalam semua sudut, cuma janganlah idea-idea yang dicadangkan boleh mendapat kecaman nitezen, malah cuepacs boleh berperanan untuk memperjuangkan nasib pekerja muda dan generasi baru kearah yang lebih baik dalam mengharungi masa akan datang yang penuh dengan cabaran.
Pada RUM faedah yang berjaya dituntut oleh cuepacs akan menjadi garis panduan kepada RUM untuk menuntut kepada KTMB dan kerajaan, biarpun KTMB telah diswastakan namun KTMB tetap di bawah perkhidmatan sosial serta 100% milik Kementerian Kewangan @ Kerajaan, kegagalan pihak cuepacs menuntut maka akan menimbulkan implikasi kepada tuntutan RUM, justeru itu RUM amat berharap cuepacs mampu memainkan peranan sebagai Kesatuan Sekerja.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
12 Mac 2018
Home »
» SIMPATI DENGAN CUEPACS
TUNTUTAN UMUR PERSARAAN 62 TAHUN
SIMPATI DENGAN CUEPACS TUNTUTAN UMUR PERSARAAN 62 TAHUN
Isnin, Mac 12, 2018