18 Oktober 2015

MESEJ TUAN HAJI SARBINI BIN TIJAN PRESIDEN KTMB DIKONGSIKAN UNTUK WARGA KTMB

Gambar Hiasan/google
Kajian Kes Nokia : Sesuatu Yang Perlu Difikirkan:

Semasa sidang akhbar pengumuman pembelian NOKIA oleh Microsoft, CEO Nokia mengakhiri ucapan beliau dengan berkata "kami tidak membuat apa2 kesilapan, tetapi kami kalah". Setelah berucap, kesemua barisan pengurusan termasuk beliau menitiskan air mata.

Nokia adalah syarikay yang disegani. Mereka tidak melakukan apa2 kesilapan tetapi dunia telah berubah dengan begitu cepat. Pesaing mereka terlalu hebat.

Mereka telah terlepas peluang untuk belajar, mereka terlepas peluang untuk berubah maka mereka terlepaslah peluang untuk berkembang. Mereka bukan hanya terlepas peluang untuk mengaut keuntungan besar malah juga tidak dapat terus bertahan.

Mesej yang terdapat salam cerita ini, jika kita tidak berubah, anda akan terkeluar dari persaingan.
Tidak salah jika anda tidak mahu belajar perkara baru. Walau bagaimanapun jika pemikiran dan mindset tidak dapat mengikut peredaran zaman, anda akan kalah.

Kesimpulan:

1. Kelebihan yang anda miliki semalam akan diganti oleh trend esok hari. Anda tidak perlu lakukan apa2 kesilapan tetapi jika pesaing anda melakukan benda yang BETUL anda akan ketinggalan dan gagal.

2. Perubahan dan memperbaiki diri adalah memberi peluang pada diri sendiri. Dipaksa untuk berubah adalah tindakan yang TIDAK betul.
Sesiapa yang tidak mahu belajar dan berubah pasti akan satu hari tidak relevan dan gagal dalam hidup. Mereka akan belajar dari jalan yang susah dan sukar.
________________________________________________

Untuk renungan dan iktibar semua sahabat2 dlm Ktmb agar BERFIKIR dan BERTINDAK dengan WARAS untuk sentiasa sama2 CEPAT berubah MENDAHULUI PESAING bagi memastikan kehadiran KITA n Ktmb RELEVENT dan LESTARI serta BERMAKNA kepada PELANGGAN.👍😃
TUAN HAJI SARBINI BIN TIJAN
PRESIDEN KTMB

Related Posts:

  • ADUAN PENGGUNA Ini mesej yang saya terima dari Mantan Pengurus Besar KTMB, yang memaklumkan bahawa beliau terima rungutan dari sahabat beliau seorang pengguna KTMB. Maka apa yang boleh dikatakan ialah berlakunya kebocoran hasil, dim… Read More
  • CUEPACS MINTA NAIK GAJI Pekerja KTMB yang diswastakan semenjak 1.8.1992 yang dulunya berdasarkan gred jawatan yang sama dengan penjawat awam, gaji pekerja KTMB mendahului sebanyak 10% + 2 mata gaji. Kini pekerja KTMB ketinggalan berdasarkan "tak… Read More
  • RAFIZI (Setiausaha Agung PKR) KWSP Pendirian RUM sebagai Kesatuan Sekerja seiring dengan pendirian MTUC yang mewakili Kesatuan Sekerja di negara ini, secara tidak langsung mewakili seluruh warga Pekerja di Negara ini tetap berpendirian kekal seperti apa yang … Read More
  • UCAPAN PERASMIAN Ucapan Perasmian Persidangan Perwakilan Tiga Tahunan Sekali UNI-GLOBAL oleh Tan Sri Dato Zainal Rampak antara lain menyatakan bahawa jangan sesekali lari dari perjuangan, keadaan sekarang adalah tidak baik untuk Kesatuan Sek… Read More
  • SAYANG RUM, SAYANG KTMB Apakah cara yang sesuai dan munasabah bila sebut soal "sayang"? Benar menyebut perkataan "sayang" sangat mudah, tapi untuk mempraktikkannya belum tentu mampu. Sayang juga berkait dengan tanggungjawab, sayang akan memainka… Read More