09 Oktober 2015

MISI RUM

Bila RUM mengambil pendekatan berjuang untuk kepentingan ahli sehingga mengadakan Piket dan dibuang kerja beramai-ramai, maka segelintir yang tidak faham menyalahkan RUM kerana asyik bergaduh dengan pengurusan.

Bila RUM mengambil pendekatan menyokong kepimpinan Tuan Haji Sarbini Bin Tijan, Presiden KTMB berdasarkan telah berjaya melarikan tren dipantai timur sehingga pekerja tidak ditukarkan, larian tren sebelah utara, tengah dan selatan telah bertambah dan perancangan Transformasi 2015 - 2025, satu usaha yang mendokong "SELAMATKAN KTMB DAN SELAMATKAT PEKERJA, segelintir mereka pula mengatakan RUM tunduk dengan Tuan Haji Sarbini Bin Tijan, Presiden KTMB.

Aiyaaaaa....

RUM tetap berpendirian...

MISI RUM...

"SELAMATKAN KTMB, SELAMATLAH PEKERJA"

Maka sokongan dan dokongan kepada Tuan Haji Sarbini Bin Tijan sangat diperlukan, kerana RUM sedar bukan mudah untuk "mencuci tahi".

Adalah diharapkan semua pekerja dan pengurusan KTMB mendokong dan bersama dengan Tuan Haji Sarbini Bin Tijan, Presiden KTMB memulihkan KTMB.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

Related Posts:

  • Plan Tindakan RUM Selepas kegagalan perbincangan pada 13.11.2014. Esok RUM akan hantar Memorandum 35 helai muka surat pada YAB Dato Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia. RUM juga akan mengedarkan Pamplet pada semua… Read More
  • PEKERJA Kita nampak pendidikan, kita nampak harga minyak, kita nampak ekonomi, kita nampak kedudukan politik, tapi kita tak nampak pekerja, katanya "DENYUT NADI RAKYAT", tapi dimanakah "DENYUT NADI PEKERJA" yang juga "RAKYAT" I… Read More
  • RUM terpaksa menjawab kononnya "FITNAH". RUM dah berulang kali mengatakan bahawa RUM mempunyai bukti dokumen, sebanyak 27 pucuk surat yang tidak dijawab oleh Presiden KTMB. Bagi membuktikan bukan "FITNAH", RUM sedia berdebat terbuka dengan Presiden KTMB. (Tapi… Read More
  • KWSP (60 TAHUN) Bila CEO KWSP mengesyorkan pengeluaran caruman pada umur 60 Tahun? Maka bisinglah sekali lagi di kalangan yang membantah, maka sewajarnyalah "bising", kerana kegagalan membaca situasi persekitaran. Tidak juga salah meng… Read More
  • PENDIRIAN Tidaklah ingin RUM menegakkan "benang yang basah", menegakkan benang yang basah ibarat "kesangsian dan kerapuhan", untuk membuktikan kebenaran. Kesangsian dan kerapuhan mewujudkan "keraguan", maka keraguan akan mewujudk… Read More