19 Oktober 2015

OUTSORCE (KEPERCAYAAN)

Tuan Haji Sarbini Tijan kini Presiden KTMB malah seorang "WARGA KTMB" maka pihak yang bertanggungjawab mengenai KTMB perlu memberikan kepercayaan kepada Presiden KTMB dalam merealisasikan hala tuju KTMB.

Perubahan demi perubahan samada telah atau sedang kini giat dilakukan oleh Tuan Haji Sarbini Bin Tijan Presiden KTMB dengan sokongan dari YB Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB, Semua Lembaga Pengarah KTMB serta SOA yang mewakili kumpulan eksekutif, RUM yang mewakili kumpulan non Eksekutif atau dengan kata lain, semua Warga KTMB bersama-sama berusaha untuk memulihkan KTMB.

Plan Transformasi 2015-2025 adalah perancangan tempoh 10 tahun untuk membawa KTMB ke era kecemerlangan, maka sepatutnya ianya di beri sokongan oleh pihak yang bertanggungjawab agar Plan Transfomasi ini dapat direalisasikan.

Maka itu kewajaran idea "sekiranya benar" cetusan Perbadanan Aset Keretapi yang ibarat "KERA DAPAT BUNGA" tidak sepatutnya berlaku, sebaliknya dengan mengunakan aset keretapi seperti tanah yang ada untuk menjana sumber pendapatan bagi membantu KTMB dalam merealisasikan hala tuju KTMB. Perlu disedari membantu KTMB secara langsung membantu Rakyat dalam mendapatkan pengangkutan selesa dan selamat.

Dukacitanya Perbadanan Aset Keretapi gagal melakukan sebaliknya cuba "MENANGGUK DI AIR KERUH" dengan mengambil kesempatan atas kesusahan untuk keuntungan sendiri.

Justeru itu Perbadanan Aset Keretapi dibubarkan dan dikembalikan kepada KTMB

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB