Di bawah ini komen beliau diangkat sebagai topik untuk tatapan semua pembaca Suara Rum.
_____________________________________
Kos pengeluaran sesuatu unit perkhidmatan atau barangan banyak bergantung kepada kos2 imput seperti bahan mentah/spare part, tenaga letrik/minyak, gaji/elaun, cara/keadah/metodologi menyediakan, jentera/automasi/mekenisasi, dasar2 kerajaan/pemerintah, cukai/insentif/pengecualian, budaya/ugama dan faktor2 alam. Ringkasnya kos terbahagi kepada 2 iaitu kos berubah dan kos tetap. Harga ditetapkan setelah mengambil kira kos berubah + kos tetap+ cukai+ untung. Kebiasaannya orang menggunakan iatilah kos ++. Jika kerajaan/pemerintah/pihak berkuasa menetapkan/mengawal harga maka mereka sering menetapkan harga berdasarkan andaian kos berubah + untung + cukai. Dalam kontek pengangkutan keretapi keadah ini tidak dipraktikkan menyebabkan harga ditetapkan pada tahap terlalu rendah hingga tidak dapat menampong kos berubah. Itu yang menyebabkan operator keretapi terutamanya Ktmb tidak dapat menampong kos operasi selama ini.
Walau pun akhir2 ini kerajaan membiayai kos pembinaan landasan berkembar, pemulihan landasan, baikpulih stokereta, perolehan stokereta yg baru TETAPI mereka masih membebankan operator keretapi seperti Ktmb menyelenggara P.way(landasan, jambatan, terowong, jejatas dll), persemboyanan, komunikasi, eletrifikasi, stesen keretapi, kabin persemboyanan, bilik kawalan operasi tren. Ini tidak berlaku dalam moda pengangkutan yang lain seperti kapal terbang, kapal laut, bas, lori, kereta sewa dan teksi. Sewajarnya operator keretapi seperti Ktmb cuma dikenakan kadar bayaran berdasarkan penggunaan seperti Ton kilometer untuk kargo atau pax per kilometer untuk penumpang. Ini baru adil sebab pembinaan dan penyelenggaraan infrastruktur keretapi perlu diurus dan dibiayai oleh pemerintah/kerajaan seperti moda2 pengangkutan yang lain dengan menggunaakan wang rakyat sebagai pembayar cukai.
Kos tenaga letrik dan minuak bahan api untuk pengangkutan awam keretapi sangat mahal berbanding dinegara2 maju.
Tarif letrik untuk keretapi adalah mengikut kadar perdagangan E3 yang sepatutnya hanya dikenakan mengikut kadar kemudahan awam seperti dinegara2 maju di eropah. Alasan harga dipasaran dunia mahal sudah tidak relevan sebab sekarang harga minyak sudah jatuh melebihi 50% dan dibawah US 50 setong dan Malaysia adalah negara pengeluar dan pengeksport minyak!. Sekarang syarikat minyak kata nilai ringgit jatuh pulak sebagai alasan TETAPI dalam masa yang sama pemerintah kata asas2 ekonomi kita teguh dan kejatuhan nilai mata wang adalah sementara. Faktanya ada dan boleh pakai tetapi kenapa tarif letrik tidak turun sama. Dulu masa harga minyak mahal mereka eksport minyak keluaran negara dengan alasan kualiti minyak keluaran tempatan bermutu tinggi dan import minyak luar yang rendah kualitinya untuk kegunaan dalan negara. Bila harga minyak dunia jatuh mereka tukar stratigi jual minyak keluaran tempatan dalam negera untuk selamatkan petronas dan lain2 supaya rakyat lebih petrotik.
Melihat senerio dalam dan luar negara, saya menyarankan supaya kita sentiasa bemuasabah, berazam, bertindak waras untuk terus berubah mengikut atau mendahului peredaran waktu untuk lebih inovatif, creative, positif dan produktif serta beristiqamah dengannya dalam program mentransformasi diri, kumpulan, Ktmb supaya kita semua dapat berjaya samaw mengharungi segala cabaran demi membela maruah kita dalam Ktmb sebagai anggota organisasi terulung dalam industri perkeretapian dinegara ini dan dirantau pasaran bebas ASEAN, insaallah.
TUAN HAJI SARBINI TIJAN
PRESIDEN KTMB