27 Oktober 2015

HUBUNGAN DAN HARAPAN

Kenyataan RUM telah jelas, bahawa sebarang pertanyaan atau keraguan boleh inbox, berbahasalah, menghormatilah sesama kita, kalau ini semua tiada, maka Admin tidak teragak-agak untuk "REMOVE" malah "BLOCK".

Semalam 3 individu telah di Remove Friends, dalam masa yang sama Admin telah "accept" lebih 40 individu untuk menjadi Friends, malah lebih kurang 250 sedang menanti untuk di "accept", maka yang di "Remove" masih boleh menjadi "followed" Suara RUM dan boleh membaca di suararum.blogspot.com.

Kenyataan terbuka adalah tidak manis, ianya tidak mengambarkan pengertian "KESATUAN", justeru itu perlu berhati-hati dalam setiap komen yang dibuat.

Perlu disedari, setiap komen dibaca oleh banyak pihak, maka itu kenyataan khususnya menjejaskan imej dan hubungan baik antara RUM dan Pengurusan KTMB hendaklah dielakkan.

RUM menyedari ada pihak yang tidak senang dengan hubungan baik yang terjalin, pihak-pihak tertentu sengaja menimbulkan provokasi yang tidak sihat seolah-olah ingin melagakan hubungan yang terjalin antara RUM dan Tuan Haji Sarbini Bin Tijan, Presiden KTMB.

Kita perlu menyedari selagi ianya "TIDAK BERTENTANGAN" dengan mana-mana peruntukan undang-undang maka ianya tidak boleh dianggap melakukan kesalahan.

Perlu diingat Prinsip RUM:-
"Andai kebaikan yang dilakukan oleh Pengurusan KTMB, maka RUM akan menyokong 100%, andai ianya bertentangan dengan undang-undang, jangan "SALAHKAN RUM"!.
Justeru itu, mari kita bersama-sama membantu Tuan Haji Sarbini Bin Tijan Presiden KTMB, demi masa KTMB, demi masa depan kita sebagai pekerja, matlamat kita selaku pekerja inginkan faedah yang lebih baik akan tercapai.

Sama-sama kita berdoa ke hadrat Allah Swt, semoga usaha kita selama ini untuk meningkatkan faedah yang lebih baik untuk semua pekerja "BUKAN EKSEKUTIF" tercapai malah hubungan yang baik terus kekal terjalin. In Syaa Allah.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB