KTMB adalah sebuah Syarikat yang telah didaftarkan di bawah Akta Syarikat manakala Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB sebagai "BADAN PERUNDINGAN TUNGGAL" yang diiktiraf, maksudnya tiada lain pihak yang boleh mewakili "pekerja bukan eksekutif" selain dari Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB (RUM).
Sebagai Kesatuan Sekerja yang mewakili "bukan eksekutif" sudah pasti akan menyuarakan kepentingan pekerja bukan eksekutif bagi memastikan faedah kepada pekerja ditambahbaik khususnya kadar upah.
Kita juga menyedari bahawa "TAUKEY" KTMB adalah Kementerian "Kewangan Di Perbadankan" maka "TAUKEY" KTMB merangkap "KERAJAAN YANG MEMERINTAH".
Makanya "KERAJAAN MEMERINTAH" telah membuktikan bahawa mereka adalah "MAJIKAN TERBAIK" dengan menganugerahkan "PENJAWAT AWAM" dengan "GAJI MINIMA" RM 1200.00.
"MAJIKAN" atau sama maksud "TAUKEY" secara nyatanya "PEKERJA KTMB" walaupun di bawah tiket "SEKTOR SWASTA", tapi "TAUKEY" nya adalah "MAJIKAN TERBAIK" iaitu "KERAJAAN YANG MEMERINTAH" atau dengan lain perkataan "TAUKEY GUNASAMA".
Justeru itu antara "PENJAWAT AWAM" dan "PEKERJA KTMB" tiada bezanya berdasarkan "MAJIKAN GUNASAMA", maka sudah pasti tuntutan Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB atau nama timang-timangannya adalah RUM menuntut haknya bukan sahaja sama tapi lebih baik dari "PENJAWAT AWAM" dalilnya faedah ketika pengswastaan pada 1.8.1992 adalah lebih baik dari "PENJAWAT AWAM".
Justeru itu tuntutan RUM melalui Perjanjian Bersama ke 8 "GAJI MINIMA" untuk pekerja "BUKAN EKSEKUTIF" bukannya RM 1200.00 sebaliknya sebanyak RM 150O.00 adalah munasabah berdasarkan "TAKE HOME PAY" berbanding dengan "PENJAWAT AWAM" walaupun pada dasarnya nampak tinggi tapi "PEKERJA KTMB" ketinggalan berbanding "PENJAWAT AWAM".
Maka itu diharapkan "PENGURUSAN KTMB, PRESIDEN KTMB, LEMBAGA PENGARAH KTMB dan KEMENTERIAN KEWANGAN mempertimbangkan "GAJI MINIMA" untuk "PEKERJA KTMB" sebanyak RM 1500.00.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.