Seperti kenyataan yang lepas, KTMB ketika diswastakan pada 1.8.1992 mendapat faedah sebanyak 10% + 2 mata gaji lebih baik dari "PENJAWAT AWAM" berdasarkan "take home pay".
Tapi kini "PEKERJA KTMB" ketinggalan di belakang penjawat awam, pekerja tetap terus bekerja, untuk mencari sesuap nasi, walaupun pada dasarnya pendapatan yang diterima ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Di akui benar, KTMB berada di ambang nazak ketika pemerintahan Datuk Elias Kadir, Mantan Presiden KTMB, KTMB terumbang ambing, 27 pucuk surat kesatuan menjadi dalil kelemahan pengurusan, menutup kelemahan dengan membuang kepimpinan kesatuan.
Pekerja Bukan Eksekutif yang RUM wakili dan perjuangkan dengan mesej Selamatkan KTMB dan Selamatkan Pekerja, semata-mata untuk memulihkan KTMB agar imbuhan yang munasabah atau kadar pasaran bagi mengimbangi kos sara hidup yang meningkat.
Pekerja Bukan Eksekutif tidak boleh dipersalahkan, mereka telah menjalankan tanggungjawab seperti mana yang telah diamanahkan, jangan hanya kesilapan pengurusan terdahulu, pekerja terus jadi mangsa.
Hari ini, perubahan demi perubahan telah berlaku, di bawah pemerintahan Tuan Haji Sarbini Bin Tijan, kita dapat melihat kerancakkan perkhidmatan keretapi, usaha sedang giat dijalankan, Plan Transformasi 2015-2025 sebagai dalil untuk mencapai matlamat KTMB maju di arena pengangkutan.
Peninggalan hutang yang banyak di bawah pentadbiran Mantan, akan dapat di atasi sekiranya semua berjalan dengan lancar, malah di luar jangkaan andai setiap perancangan yang dilakukan di laksanakan mampu mencatatkan sedikit keuntungan (buat permulaan pada tahun 2016), ini semua akan tercapai dengan kerjasama semua pihak khususnya Kementerian Kewangan.
Maka itu RUM dengan tegas "PEKERJA BUKAN EKSEKUTIF" tidak boleh di persalahkan mereka layak mendapat "Gaji Minima dan Pelarasan Gaji" seperti mana di dalam tuntutan Perjanjian Bersama ke 8.
Harapan kami "Pekerja Bukan Eksekutif" agar semua pihak yang terlibat dapat mempertimbangkan dan meluluskan cadangan yang termaktub dalam Draf Perjanjian Bersama 1.1.2016 - 31.12.2018.
RUM juga akan menghantar Memorandum kepada YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia memohon mempertimbangkan permohonan RUM.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB