03 Julai 2014

Kemalangan Jalanraya

foto: FB Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia
Kebelakangan ini kemalangan jalan raya melibatkan kenderaan seperti BAS dan LORI seperti menjadi - jadi, apakah ianya kecuaian manusia atau kelemahan penguatkuasaan?

Siapakah yang harus bertanggungjawab?

Di Malaysia agensi penguatkuasaan jalanraya terdapat beberapa pihak seperti Pihak Polis, Jabatan Pengangkutan Jalan dan kini terwujudnya agensi baru yang lebih berkuasa di bawah Suruhanjaya yang dikenali sebagai Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Persoalannya bila berlaku insiden - insiden sebegini siapakah yang perlu bertanggungjawab khususnya dari segi penguatkuasaan undang-undang, adakah dengan kewujudan SPAD berlakunya pertindihan kuasa sehingga menimbulkan kekeliruan kepada agensi penguatkuasaan yang lain.

Berdasarkan kepada kewujudan SPAD sebagai "SURUHANJAYA" maka kuasa tertinggi dalam meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan adalah terletak kepada SPAD, justeru persoalan timbul apakah SPAD tidak berfungsi kearah matlamat penubuhan atau SPAD tidak memahami fungsi penubuhan atau mungkin agensi - agensi kekeliruan dalam menguatkuasakan undang-undang.

Kalau persoalan ini timbul, bagaimana pula keraguan dan keyakinan rakyat dalam menilai kebersanan fungsi agensi - agensi berkenaan, apakah kemungkinan akan terhakis keyakinan rakyat kepada agensi berkenaan.

Maka dilihat dari sudut sebelum kewujudan SPAD, masalah berlakunya insiden - insiden kecelakaan kurang didengari kekerapan berlakunya kemalangan, berkemungkinan agensi yang sedia ada telah menjalankan penguatkuasaan yang sungguh berkesan, kalau ini benar maka kewujudan SPAD memungkinkan kewujudan pertindihan kuasa ke atas agensi penguatkuasaan yang terwujud sebelum kewujudan SPAD.

Justeru itu kalau kebenaran ini wujud maka adakah SPAD masih relevan? kerajaan perlu menilai kewujudan SPAD kerana apa yang diperhatikan kini antara SPAD, KTMB dan MOT seolah-olah berlaku kecelaruan tugas, begitu juga dengan agensi - agensi lain seolah-olah berlaku pertindihan tugas yang mewujudkan kecelaruan bidang kuasa. 


Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB



Related Posts:

  • SPAD bersikap berat sebelah Best laju - laju ni, jangan risau SPAD pun tak kesah... yang SPAD kesah/ macam bagus sangat/ terlampau bertanggungjawab dengan keselamatan/menjaga kepentingan rakyat. .. ops. .. Tan Sri Pengerusi SPAD bagitau itu penumpang p… Read More
  • Mesej kepada Tan Sri Pengerusi SPADAda sesiapa boleh sampaikan mesej di bawah ini kepada Tan Sri Pengerusi SPAD. RUM pun nak tahu samada semua BAS Ekpress dihentikan perkhidmatan pada musim raya ini atas arahan SPAD! KAHKAHKAH.... MAPUH MU PENGERUSI SPA… Read More
  • KEKEBALAN SPAD Ybhg Tan Sri Dato Syed Hamid Albar, inikah sikap anak buah Tan Sri? Ini namanya nak tunjuk kuasa, yang aku berkuasa boleh buat apa aku suka, aku boleh parking kat tempat orang hilang upaya, aku boleh hentikan perkhidmat… Read More
  • Pengerusi SPAD 'Cakap Tak Serupa Bikin' Kalaulah ini orangnya yang berbicara topik keselamatan berjawatan Pengerusi SPAD, sedangkan prosedur keselamatan tidak dipatuhi, perlukan ia dihormati?  RUM dah hilang hormat! Kalau nak SPAD dihormati, lantik in… Read More
  • Kenyataan Setiausaha Agung RUM. Kenyataan Setiausaha Agung RUM.  Komen RUM begini.. Sudah - sudahlah Tan Sri Pengerusi SPAD untuk komen, Makin banyak kenyataan yang di keluarkan, kita orang makin menyampah. Sekarang ni pun bila baca kenyataan Ta… Read More