07 Julai 2014

ANDAIAN BUANG KERJA 7 PEGAWAI UTAMA RUM

Assalamualaikum
Selamat Berbuka pada semua KENALAN RUM & Pembaca Setia Penulisan RUM.

ANDAIAN BUANG KERJA
7 PEGAWAI UTAMA RUM

Dari pada pengalaman kes En Kartayasa bin Muhammad Pemangku Pengurus Besar Fleet & Maintenance berlaku 2 tahun lalu kes siasatan dalamannya kalau diteliti secara halus, ianya adalah "tidak bersalah".

Keputusan analisis "tidak bersalah" dari kaca mata RUM adalah tepat berdasarkan pertuduhan yg dibuat. 

Keputusan selepas siasatan yang diterima oleh En Kartayasa bin Muhammad adalah buang kerja. Keputusan ini bukanlah keputusan Lembaga Siasatan Tatatertib tetapi sebaliknya adalah keputusan atas arahan Datuk Elias Kadir Presiden KTMB, kemudian mengatakan ini bukan keputusan beliau tetapi keputusan Lembaga Tatatertib, sebenarnya awal-awal kemasukan Datuk Elias Kadir sebagai Presiden KTMB telah melakukan "penganiayaan", (kes ini di bawah pengetahuan RUM)

Berdasarkan kes Encik Kartayasa bin Mohamad, maka tujuh (7) pegawai utama RUM yg telah menerima notis tunjuk sebab dan akan menjawab berdasarkan peruntukan undang-undang, seterusnya jawapan yang diberikan adalah benar! Datuk Presiden KTMB (keputusan dah ada) tetap dengan pendiriannya dan mengarahkan Siasatan Dalaman di panggil, ianya adalah sekadar bersyarat bagi memenuhi kehendak "natural justice". Selepas itu Datuk Presiden KTMB akan mengarahkan Jawatankuasa Tindakan Tatatertib dengan kuasa "DIKTATOR" bahawa semua pegawai utama RUM "ditamatkan perkhidmatan", di sebaliknya akan cuci tangan dengan mengatakan keputusan ini keputusan Jawatankuasa Lembaga Tatatertib.

Andaian ini ditulis sebagai satu peringatan sekiranya berlaku maka pembaca boleh menilai bahawa wujudkah "natural justice" atau berlakukah penganiayaan dan kezaliman kepada kami semua pemimpin utama RUM.

Atau... mungkinkah ada kalangan 5 pegawai utama terlepas, 2 pegawai utama yang lain akan sangkut berdasarkan "notis tunjuk sebab" yang diteliti tadi.

Maka semua pembaca yang membaca kenyataan ini boleh membuat sebarang spekulasi atau melihat apakah pengakhiran cerita.

We always be prepared! 

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Related Posts:

  • Alhamdulillah dan Terima Kasih (PEMULIHAN KERJA) Seramai 98% pekerja yang dibuang kerja tanpa notis telah dipulihkan jawatan dan akan kembali bekerja bermula esuk. Arahan penerimaan persetujuan ini dibuat oleh RUM adalah demi memastikan semua yang terlibat boleh menerusk… Read More
  • Manipulasi MoU, RUM ambil tindakan undang-undang atas presiden KTMB Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu (RUM) mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Presiden Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Datuk Elias Kadir Baba kerana memanipulasi memorandum persefahaman (MoU) pen… Read More
  • RUM Tetap akan bergerak selaras peruntukan undang-undang, tiada yang lebih daripada undang-undang. Menyekat kebebasan bersuara dalam mengerakkan aktiviti-aktivii kesatuan sekerja adalah satu kesalahan. Railwaymen Union of M… Read More
  • RUM still unhappy with picketing solution KUALA LUMPUR: The Railway Union of Malaya (RUM) is still not satisfied with the solution over the termination of 97 union members for picketing in May 9. Its president Abdul Razak Md Hassan claimed the agreement memoran… Read More
  • ALHAMDULILLAH DAN TERIMA KASIH (1) Gembira bila semua kembali bertugas, penat berkayuh, naik basikal ke hulu, ke hilir akhirnya berhasil. Gembira melihat sahabat handai kembali tersenyum, perjuangan mereka berbaloi, walaupun syarat yang dikemukakan tidak m… Read More