04 Julai 2014

NOTIS TUNJUK SEBAB

"Hujan Panas lagikan kami tempuhi"
Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa pihak Pengurusan KTMB telah mengeluarkan notis tunjuk sebab kepada tujuh (7) orang pekerja iaitu :-

1. Abdul Razak MD Hassan
2. Jaafar Alias
3. R.Subramaniam
4. Ali Subra Mullisi
5. Hairuddin Hashim
6. Mohd Rasul Hashim
7. Abdul Halim Selat.

Ketujuh-tujuh individu pekerja terbabit perlu menjawab surat tunjuk sebab berkenaan.

Ketujuh-tujuh individu diambil tindakan atas 2 sebab iaitu:-
1. Tindakan Piket dan Kenyataan dalam bena Piket.
2. Kenyataan dalam Suara RUM. 
3. Antara lain 1 & 2 menghina Presiden KTMB sebagai Ketua Syarikat KTMB.

Bagi pihak Majlis Eksekutif, RUM merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak Pengurusan KTMB kerana mengeluarkan notis tunjuk sebab 7 individu pekerja berkenaan.

Komen RUM

SYUKUR ALHAMDULILLAH, SETIAP YANG BAIK DATANG DARI ALLAH SWT, YANG BURUK DATANG DARI KAMI.

"KALAU TAKUT DILAMBUNG OMBAK JANGAN BERMAIN DITEPI PANTAI".

"ALANG ALANG MENYELUK PEKASAM, BIAR SAMPAI KEPANGKAL LENGAN".

RUM AKAN TERUS BERJUANG DEMI PEKERJA DAN KTMB.

HIDUP RUM!
HIDUP RUM!
HIDUP PEKERJA!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB