06 Julai 2014

CORETAN HARI MINGGU - CATATAN BARU NOTIS TUNJUK SEBAB DICADANGKAN OLEH RUM PADA DATUK PRESIDEN KTMB.

Gambar Hiasan
Datuk Presiden KTMB... ada catatan kenyataan terbaru ini.. boleh tambah dalam surat pertuduhan lagi . 

Dalam kandungan Surat Terbuka ada ayat:-

"Dasar hipokrit makan gaji buta"

Ini satu tuduhan berat... cepat arahkan GM TMOD tambah pertuduhan...

Contoh ayat:-
Anda telah memalukan Presiden KTMB dengan mengeluarkan kenyataan dalam Facebook dengan menyatakan Datuk Presiden KTMB dengan ayat :-

"Dasar Hipokrit makan gaji buta"

Sila beri penjelasan...

Persoalannya...
Siapakah yang mencetuskan idea keluar notis tunjuk sebab? yang mendraf surat tunjuk sebab? siapa dalang - dalangnya sehingga tindakan sedemikian diambil.

FB SUARA RUM "bukanlah suara mana-mana individu pekerja" sebaliknya adalah suara organisasi Kesatuan Sekerja yang dikenali sebagai RUM, tiada mana-mana individu atau sebagai seorang pekerja boleh dikaitkan dengan FB SUARA RUM. 

Sebagai seorang pekerja.... mana boleh tulis macam tu.... kalau pekerja buat.... memang nak cari pasal... tulis atas nama pekerja... boleh dikenakan tindakan... selaras dengan prosedur tindakan tatatertib...

Awat lah hang semua bangang tahap gaban antara pekerja dan organisasi tak dapat dibezakan....

"FB SUARA RUM adalah lidah Rasmi Kesatuan atau kenyataan rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB yang didaftarkan dibawah Akta Kesatuan Sekerja maksudnya kenyataan yang dikeluarkan itu bukan kenyataan individu pekerja tetapi kenyataan 3500 ahli RUM (singkatan kepada Railwaymen Union of Malaya)

Kihkihkih.... Awat hang semua bangang tahap gaban, hang ikut Datuk Presiden KTMB hang pun sama bangang!...

Kihkihkih....

Hang ingat, hang buat lagu tu, RUM semua ketaq lutut, RUM sebenarnya duk ketawa tengok telatah hangpa.... Orang gila....

Siapa dia orang gila?
Siapa pula kurang siuman?
Siapa pula pengarang surat cinta? 
Semua nya nak pi hantaq kat tanjung rambutan...

Awat lah nasib hang KTMB jadi lagu ni oiii.... duk semua kat atas tu dah jadi "gila..."

Kihkihkih.....

*Maka ginilah jadinya..
Bila orang gila memerintah...
KTMB hura hara...
Maka kita pekerja jadi mangsa...

Maka itu depa ini kena pi hantaq dulu kat tanjung rambutan dengan segera, digantikan orang yang berwibawa dan pastikan waras belaka*

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB 
(Adalah Suara 3500 ahli yang berfaedah, berdaftar di bawah Akta Kesatuan Sekerja)