07 Julai 2014

RAMADHAN & GENCATAN SENJATA

Bulan Ramadan ini patut RUM slow, kita tumpukan amal ibadah, maka RUM tidak akan bergerak agresif, masing masing cool down, itu antara sebab Piket Di Putra Jaya RUM meletakkan satu tarikh yang agah jauh mengambil kira semua sudut, malah tujuan RUM tidak mahu menjadi kumpulan pendesak berkatogeri "melampau".

Malah tujuan RUM berpiket di Putrajaya supaya keluhan RUM didengari kerana keluhan 9/5, RUM merasakan seolah-olah lesu, mungkin di pekarangan Putrajaya tindakan RUM diambil perhatian segera. Malah satu tempoh munasabah agar pihak Kerajaan boleh membuat keputusan yang munasabah menyelamatkan keadaan tanpa menyalahkan RUM.

Namun di sebalik itu tindakan yang diambil oleh Datuk Presiden KTMB dengan mengeluarkan notis surat tunjuk sebab menimbulkan kemarahan RUM, malah RUM terpaksa mengajar Presiden KTMB dengan cara yang lebih agresif.

RUM sekarang dah terbakar, maka RUM akan terus membakar, tidak kira apa yang mendatang, RUM akan terjah sehingga Datuk Presiden KTMB musuh utama RUM disingkirkan dari KTMB. 

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB