12 Julai 2014

TAHNIAH PADA PENGURUS BESAR KTMB (UNTUNG/DIBELI/TUTUP MULUT)

Baru - baru ini dikhabarkan bahawa semua Pemangku Pengurus Besar telah dinobatkan secara rasmi sebagai Pengurus Besar KTMB.

Penobatan ini kebarangkalian untuk melahirkan rasa terima kasih kepada semua Pengurus Besar berkenaan, khas dari Datuk Presiden KTMB kerana telah berjaya menutup mulut/tidak memberi komen sebarang kelemahan/angkat beg/dah kene beli/kerana kejayaan merudumkan KTMB, malah berjaya membuat penutupan operasi landasan Gua Musang – Gemas, ini satu kejayaan pada semua.... Tahniahlah....

Dari sudut Perjanjian Bersama (CA), maka Penobatan ini langsung tidak mengikut (CA), iaitu tiada iklan, tiada permohonan, tiada temuduga, tiada jawatankuasa pemilihan. Maka penobatan ini boleh dianggap "KTMB INI PRESIDEN KTMB YANG PUNYA, SUKA HATI AKU LAH"!

Maka peluang pengurusan lain yang mungkin lebih berkelayakan dan berkebolehan, hanya tinggal mimpi sahaja.

Maka adalah dinasihatkan CA Untuk Eksekutif itu dikoyak dan dibakar sahaja. 

Dari aspek pekerja bukan eksekutif maka sebarang pelantikan mesti mengikut CA, kalau yang memangku jangan angan - angan... anggap je lah memang tak dapat, kalau kata jawatan berdasarkan kenaikan pangkat contoh Pemandu Lokomotif Rendah (PLR)ada yang lebih 20 tahun berkhidmat tidak dapat peluang kenaikan pangkat secara lantikan (kpsl) ke jawatan Pemandu Lokomotif (PL)... sampai berbuih mulut merayu dipertimbangkan, kerana ada junior pun dah melangkaui PLR, jadilah PLR ini kerja sampai ke tua, pada bukan eksekutif macam-macam proses digunakan... Ingatlah diri kamu tu kuli sahaja.... (Banyak kes lagi, ini contoh sahaja)

Apakah yang ada dalam kepala otak Datuk Presiden KTMB? KTMB ini dah tak ada undang-undang ke, boleh buat sesuka hati, boleh mewujudkan diskriminasi, inilah Presiden KTMB. 

Pada kuli.... gaji rendah, gaji bawah pasaran, proses kenaikan pangkat yang sangat ketat, tak perlu difikirkan kerana kuli tidak memberi apa-apa erti, dah bagi kerja, dah bagi gaji, jangan cakap banyak... buat kerja... cakap banyak.... bagi surat tunjuk sebab.... then buang kerja....

Komen RUM
*nak RUM pan***kan jee...*

KENYATAAN Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB