02 Julai 2014

SATU KENYATAAN YANG BOLEH DIANGGAP SEPENDAPAT DENGAN RUM - ADAKAH SPAD MASIH RELEVAN?

http://www.sinarharian.com.my/
Kalau dilihat situasi sebelum ini, ramai pihak tidak mahu bersuara, kalau ada suara - suara yang tidak cukup untuk menyentuh keupayaan SPAD. RUM sendiri tahun lepas ada isu yang SPAD membuat keputusan tutup landasan lebih 2 minggu, sedangkan ianya perlu di tutup dalam masa 5 hari sahaja, tapi RUM hanya mendiamkan diri, itu belum lagi SPAD mengodak pemandu lokomotif dan pekerja-pekerja lain, RUM tetap diam, diam bukan tak ambil tahu, tapi beranggapan bahawa itu mungkin sebahagian tanggungjawab SPAD.

Bila SPAD ambil keputusan untuk menutup landasan Gua Musang – Gemas, RUM anggap ini sudah melampaui batas, RUM mula menyelidik dimanakah kehebatan SPAD dalam membuat keputusan, siapakah yang benar-benar pakar berkhidmat dalam SPAD, bila di tinjau, kepakaran yang ada setakat melepaskan "batuk di tangga".

Sebenarnya di dalam penelitian RUM, SPAD sebenarnya tidak relevan lagi, kalau kita lihat kemalangan yang berlaku melibatkan lori, bas dan sebagainya yang melibatkan kemalangan nyawa, sungguh mengerunkan, nak lalu bawah jejambat pun takut, takut besi atau jejambat yang dibawah pembinaan itu runtuh, tapi ajal maut di tangan Allah maka yang perlu ialah bagaimana mengurangkan. 

Berbalik kepada kemalangan nyawa antara keretapi dan pengangkutan awam lain, perbandingan boleh dibuat mengenai kemalangan nyawa yang berlaku, sudah pasti kalau mengikut kajian Keretapi lebih selamat, SPAD tidak boleh menolak fakta ini.

Kemalangan yang berlaku kini khususnya kebelakangan ini, Bas, Lori dan Pembinaan LRT di kelana jaya iaitu besi menghempap kereta, dimanakah peranan SPAD, mengurang, menghalang dan mungkin memberhentikan kemalangan yang berlaku dengan menguatkuasakan peraturan keselamatan, adakah penguatkuasaan atau pematuhan peraturan keselamatan dikuatkuasakan atau sekadar tengok dan tinjau sahaja?

Kenapa SPAD membisu tentang kemalangan yang berlaku tanpa sebarang kenyataan sebaliknya menjadi HERO untuk menutup operasi Gua Musang – Gemas kononnya tidak selamat, sedangkan SPAD tahu sebenarnya perkhidmatan keretapi boleh Selamat dengan syarat semua syarat-syarat Aturan Peraturan, Prosedur Operasi, Prosedur Urusan Jalan di patuhi, peliknya seolah-olah SPAD tidak tahu, SPAD tak mahu tahu, SPAD pura pura tidak tahu atau SPAD memang sengaja tidak mahu ambil tahu atau SPAD sememangnya golongan tidak cerdik.

Pada andaian RUM, SPAD boleh dianggap memang tahu tapi pura pura tidak tahu dengan tujuan menutup kelemahan pengangkutan awam yang lain bagi menonjolkan SPAD benar-benar bertanggungjawab pada rakyat dari aspek keselamatan dengan menutup operasi; keretapi Gua Musang – Gemas. 

Seperti RUM katakan sebelum ini SPAD juga sebahagian dari "WAYANG TINGGI PRODUCTION" yang berjaya mengaburi mata umum termasuk penulis blog "perisik rimba" dan lain-lain pihak.

Malah ada yang beranggapan bahawa RUM ingin menonjolkan diri sebagai "JAGUH KAMPUNG".

Sedangkan mereka tidak sedar satu sandiwara lakunan sedang ditayangkan bagi menutup kelemahan yang ada, maka mereka yang berkata terlalu asyik menonton wayang terlupa alam nyata.

Berbalik pada persoalan adakah SPAD masih relevan, pendirian RUM ialah dengan tegas SPAD tidak relevan perlu dibubarkan dan dikembalikan kepada Kementerian Pengangkutan. 

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Related Posts:

  • Terima Kasih Untuk Semua Presiden RUM memberi ceramah tanggungjawab pegawai kesatuan sebagai pekerja KTMB serta tanggungjawab sebagai pegawai kesatuan seterusnya memberi ceramah mengenai Perjanjian Bersama.  Terima kasih semua peserta yang… Read More
  • THIS IS RAILWAYMEN UNION OF MALAYA U CAN KILL ABDUL RAZAK MD HASSAN PRESIDEN RUM BUT 1000 WILL CREATE TO BE ABDUL RAZAK MD HASSAN THIS IS RAILWAYMEN UNION OF MALAYA OUR IDOL IS "DONALD UREN" We will fight until our death end! Presiden RUM … Read More
  • SEMINAR RUMHarus disedari SEMINAR RUM itu adalah dengan perbelanjaan melalui Kewangan RUM. Maksud pada KEWANGAN RUM, sumbernya adalah dari wang kutipan yuran ahli-ahli. Sdr Jaafar Alias, Setiausaha Agung RUM  menyampaikan ucapan… Read More
  • DI MANA HAK KAMI? PEKERJA RAJA UNION BUSTING MALAYSIA Tanggungjawab seorang pekerja adalah melaksanakan serta mematuhi Perjanjian Bersama. AHLI KESATUAN Tanggungjawab seorang ahli Kesatuan adalah mematuhi "PERATURAN KESATUAN". "PEKERJA SYAR… Read More
  • MALAM AKHIR SEMINAR Setelah siang malam berseminar, dengan keadaan stress, maka malam akhir diadakan makan malam santai dengan karoeke kumpulan, setiap peserta mengikut kumpulan akan membuat persembahan sambil berkaroeke dengan topik yang ber… Read More