19 Julai 2014

LATEST INFO "LEMBU DICUCUK HIDUNG"

Gambar Hiasan
"LEMBU DICUCUK HIDUNG" telah mengarahkan semua Pegawai Wilayah, mengenal pasti semua ahli-ahli RUM yang menyertai piket melalui video yang dibekalkan, kesemua ahli-ahli RUM ini kemudiannya akan dikenakan notis tunjuk sebab.

KOMEN RUM

Bagus, ini satu tindakan yang sangat "TERBAIK", RUM sangat mengalu-alukan, kerana sebelum ini, RUM pernah mengeluarkan kenyataan agar semua ahli-ahli RUM yang menyertai aktiviti-aktivii kesatuan sekerja iaitu berpiket hendaklah diberi Notis Tunjuk Sebab dan RUM juga menyokong tindakan Presiden KTMB sekiranya semua 700 ahli-ahli RUM ini diambil tindakan "BUANG KERJA"!

RUM AKAN LAWAN!

RUM akan membuktikan Dato Presiden KTMB dan talibarut talibarutnya mengunakan undang-undang rimba! 

RUM akan membuktikan bahawa Presiden KTMB adalah zalim.

RUM akan membuktikan bahawa tindakan yang dibuat ini satu penganiayaan kepada pekerja di negara ini dan menzalimi rakyat Malaysia dan ianya bertentangan dengan Akta dan Perlembagaan Persekutuan. 

KENYATAAN RASMI KESATUAN PEKERJA2 KTMB