09 Julai 2014

NOTIS TUNJUK SEBAB

Semua Pegawai/Setiausaha Cawangan RUM
Ahli Jawatankuasa Cawangan
Semua Ahli-Ahli RUM

PERHATIAN SEGERA

Pengerusi /Setiausaha Cawangan dan Semua Ahli Jawatan Kuasa Cawangan segera memantau ahli-ahli yang menerima surat tunjuk sebab, serta nasihatkan ahli-ahli ke Ibu Pejabat Kesatuan dengan segera bagi membantu menjawab Surat Notis Tunjuk Sebab.

Ahli-ahli yang membaca kenyataan ini, tolong maklumkan pada rakan-rakan lain mengenai perkara ini, setakat ini RUM hanya terima 5 surat tunjuk sebab dari Ahli RUM Cawangan Kuala Lumpur. 

Dimaklumkan setakat ini 2 Pengerusi Cawangan iaitu Ipoh dan Gemas juga telah diberikan Notis Surat Tunjuk Sebab.

Sekian, dimaklumkan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB