24 Julai 2014

Perkembangan Terkini

Setakat ini di bawah pengetahuan RUM, seramai 80 orang pekerja yang menyertai aktiviti-aktivii RUM telah menerima "notis tunjuk sebab", pihak RUM memahami keadaan ahli-ahli yang tidak dapat menikmati "BANTUAN KHAS AIDILFITRI", kita sedar bantuan ini penting untuk meringankan bebanan dalam suasana menyambut Aidilfitri. 


Kami memohon kesabaran, kerana pihak RUM sedang berusaha untuk menangani kemelut ini, In Syaa Allah kita di pihak yang benar berlandaskan peruntukan undang-undang, kita akan ambil semua tindakan terhadap Presiden KTMB yang menganiaya kita.

Teruskan berjuang, tiada mengenal erti kalah, semangat perjuangan kita adalah tinggi, saya dan barisan pegawai utama RUM akan terus berjuang untuk memastikan hak kita terjaga.

Ikuti setiap perkembangan mutakhir dalam Wall Suara RUM. 

Pada ahli-ahli yang menerima "notis tunjuk sebab" sila menghubungi pejabat RUM atau inbox sertakan nama, no perkhidmatan, depoh dan no telefon, untuk memudah bicara harap ada Whatsapp, kerana semua maklumat mutakhir serta sulit akan di maklumkan dalam Group Whatsapp. Sebarang pertanyaan diharap inbox/whasapp atau sms saya.

Terima kasih kerana kita terus mengekalkan semangat perjuangan.

Selamatkan KTMB
Selamatlah Pekerja. 

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB