22 Julai 2014

BANTUAN AIDILFITRI SYUKUR ALHAMDULILLAH


RUM mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia yang meluluskan Bantuan Aidilfitri RM500.00 pada pekerja KTMB.

Kami juga merakamkan ribuan terima kasih kepada Dato Ir Nawawi Ahmad Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB, atas daya usahanya, maka Bantuan Aidilfitri dinikmati oleh warga KTMB.

Bagi kami warga KTMB, kami benar-benar bersyukur, Alhamdulillah, rezeki dari Allah Swt, sedikit keringanan perbelanjaan pada kami yang berpendapatan rendah, tidak menjadikan kami mewah, tapi memberi kegembiraan, keceriaan menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga tercinta. 

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB