19 Julai 2014

PETIKAN JAWAPAN BALAS "NOTIS TUNJUK SEBAB" (7) AKHIR.

Presiden RUM

Dengan ini sesungguhnya saya sebagai Tukang K2 Kanan merangkap Presiden Kesatuan tidak mahu menyaksi wujudnya pertikaian di antara kesatuan dengan pihak tertentu dalam syarikat yang sama. Kesatuan ini memahami dan tidak menolak nasihat baik sedemikian, tetapi malangnya dalam kes semasa ini didapati ‘pihak tertentu’ telah banyak kali melakukan ‘penyelewengan’ yang dilihat terjebak dengan isu yang boleh menimbulkan pertikaian (kontroversi). Amalan ‘pihak tertentu’ mencerminkan mirip kepada ‘hukum rimba’ yang boleh membawa kepada pelbagai tafsiran tidak sihat dan salah satunya boleh diklasifikasikan sebagai ‘tidak berintegriti’. Pendedahan hujah melalui ‘disclosure information (pendedahan maklumat)’ secara terbuka adalah salah satu daripada “AKTIVITI KESATUAN” yang menjadi ‘nadi’ kepada pergerakan kesatuan sekerja.

Sekian terima kasih

________________________________________________
* 7 para adalah petikan jawapan balas dikongsi kan pada pembaca, dari keseluruhan 28 para.

KENYATAAN RASMI KESATUAN PEKERJA2 KTMB



1. PETIKAN JAWAPAN BALAS "NOTIS TUNJUK SEBAB" (1)