03 Julai 2014

BANTUAN KHAS AIDIL FITRI

In Syaa Allah, seperti tahun - tahun terdahulu pihak RUM akan menulis surat pada YAB Dato Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia memohon pertimbangan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM 500 sebagai persiapan Aidil Fitri kepada Penjawat Awam dipanjangkan kepada semua Warga KTMB. 

Kami juga menaruh harapan kepada YB Dato Ir Nawawi Ahmad Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB yang sentiasa prihatin dengan warga KTMB dapat mengusahakan Bayaran Bantuan Khas untuk semua warga KTMB seperti mana yang dinikmati oleh penjawat awam. 

Kami yakin Yb Dato Pengerusi tidak menghampakan harapan ini.

Kami warga KTMB khususnya warga RUM mendahulukan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada YAB Dato Sri Perdana Menteri yang selama ini sentiasa prihatin kepada warga KTMB, terima kasih yang tidak terhingga kepada Dato Pengerusi yang pasti tidak akan menghampakan warga KTMB.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB