22 Julai 2014

EK akan lawan RUM hingga ke mahkamah

Mesej diterima dalam Whatsapp

Ek bgtau polis bantuan yg dia akan lawan rum hingga ke mahkamah...hehehe
_________________________________

Komen RUM

RUM sungguh gembira kalau Presiden KTMB lawan ke Mahkamah, itu yg kita mahukan... "KEADILAN", bukan macam sekarang guna undang-undang rimba...

Presiden KTMB kini menyalahgunakan kuasa yang bertentangan dengan Perjanjian Bersama, bertentangan dengan Akta 177, atau ayat paling tepat, langgar saja undang-undang yang ada, samalah maksudnya mengunakan undang-undang rimba atau ayat undang-undang yang lebih tepat ialah "BERNIAT JAHAT".

RUM juga bersedia "BERDEBAT SECARA TERBUKA" dengan Datuk Presiden KTMB mengenai "Notis Tunjuk Sebab" berlandaskan peruntukan CA dan Akta 177, bila-bila masa...

Kalau takut "Debat Terbuka", RUM nak maklumkan, surat aduan kepada Ketua Pengarah Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) mengenai perlanggaran Akta telah pun dihantar, RUM berharap JPP akan memanggil kedua-dua pihak mengenai perlanggaran Akta 177, dan RUM amat berharap Datuk Presiden KTMB dapat hadir sama, di hadapan Ketua Pengarah JPP, RUM bersedia berbahas, tolong Datuk Presiden KTMB, tolong hadir jangan lari seperti Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Kesihatan dan Pekerjaan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Related Posts:

  • TOKOHKehadiran Ybhg Dato Seri Raja Nong Chik ke Mesyuarat Majlis Eksekutif RUM jam 1 tengah hari sebentar tadi. Sessi memperkenalkan Tokoh yang membantu pemulihan kerja dalam menghadapi kemelut RUM. Penghargaan setinggi-tinggi… Read More
  • Keselamatan ?? Lagi Kes Di Stesen Keretapi Senawang pula.... Pengurus Besar Keselamatan duk wat apa? Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB … Read More
  • PENGURUS BESAR POLIS BANTUAN KTMB Ketika pemimpin RUM dibuang kerja, kami dilayan ibarat penjenayah, dalilnya pegawai RUM yang ingin menghantar surat dihalang masuk ke Ibu Pejabat KTMB. Bila RUM protes, maka diiringi pula pegawai2 RUM sekura… Read More
  • Tolong ambi perhatian Pihak Pengurusan KTMB khususnya Pengurus Besar Keselamatan, tolong beri perhatian. Laporan Polis Oleh Pengadu. Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB Rungutan pengadu yang dipaparkan didalam FB: "Assalamualaiku… Read More
  • Banjir Assalamualaikum Mohon ahli-ahli RUM memaklumkan terus kepada saya atau mana-mana pegawai RUM yang terhampir mengenai perkembangan banjir di pantai timur khususnya yang terlibat dengan banjir. Kenyataan Rasmi Kesatuan Pek… Read More