Kami AHLI JAWATANKUASA KERJA RUM ingin menjelaskan bahawa memang benar pelantikan Datuk Elias Kadir sebagai Presiden KTMB dilantik oleh Dato Seri YAB Dato Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.
Namun ingin ditegaskan pelantikan Datuk Elias Kadir adalah atas rekemendasi RAILWAYMEN UNION OF MALAYA (RUM) dalam pertemuan dengan YAB Dato Sri Perdana Menteri, rekemendasi ini telah diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Kerja dan Persidangan Perwakilan Tiga Tahunan yang lepas, para perwakilan gembira kerana Datuk Elias Kadir memberi harapan pada semua perwakilan yang beliau akan memulihkan KTMB.
Keyakinan dan harapan yang diberikan oleh Datuk Elias Kadir sungguh besar pengertiannya kepada kami warga RUM yang mengharapkan pemulihan KTMB.
Harapan ini sungguh tinggi kerana kami tidak mahu mana-mana pihak mengambil alih KTMB, dalam masa yang sama harapan semua ahli-ahli RUM agar kadar gaji dapat mengikut harga pasaran.
Setahun berlalu, kami merasakan tiada perubahan, perasaan hampa dari kepimpinan kesatuan mula terpancar, surat demi surat dikeluarkan, agar teguran bersurat diambil kira, dukacita tiada pergerakan, KTMB makin terumbang ambing, pakar - pakar KTMB ramai yang berhenti kerana tidak mampu bekerja dengan Presiden KTMB.
Kami sejujurnya merasa kecewa tiada pilihan lain mengambil tindakan untuk mendesak Datuk Elias Kadir sebagai Presiden KTMB berhenti dan memohon agar kerajaan menamatkan perkhidmatan Datuk Presiden KTMB demi menyelamatkan KTMB.
Sesungguhnya perasaan kecewa tidak dapat dibendung, ahli-ahli mengharapkan kadar gaji mengikut pasaran tidak mampu ditunaikan, kerana kedudukan kewangan yang tidak mengizinkan, perniagaan tidak dikembangkan, kedudukan "Rolling Stock" makin kritikal, landasan tidak diperbaiki, maka ahli-ahli yang menaruh harapan pada RUM, kecewa dengan RUM, sedangkan punca segala permasalahan ialah berpunca dari Datuk Presiden KTMB.
Di pendekan cerita, maka pelantikan Datuk Elias Kadir memang benar dari YAB Dato Sri Perdana Menteri tetapi tanpa rekemendasi RUM jawatan itu kini disandang orang lain.
Maka secara simboliknya pelantikan Dato Elias Kadir sebagai Presiden KTMB adalah dari RUM.
Benar RUM membuat satu kesilapan besar, dengan mencadangkan Datuk Elias Kadir sebagai Presiden KTMB, hari ini RUM ingin menebus kembali kesilapan dengan menyingkirkan Datuk Elias Kadir sebagai Presiden KTMB.
Harapan kami sebenarnya hancur dengan wayang yang dimainkan oleh Datuk Elias Kadir sebagai Presiden KTMB, harapan seluruh warga KTMB hancur kerana seorang Presiden KTMB yang pandai main wayang tapi sebenarnya tidak tahu buat kerja.
Inilah yang dikatakan "WAYANG TINGGI PRODUCTION".
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB