06 Julai 2014

SURAT TERBUKA UNTUK DATUK PRESIDEN KTMB

Surat tunjuk sebab yang telah Datuk arahkan pada Puan Syarifah GM TMOD telah kami terima.

Surat berkenaan satu unsur ugutan dari Datuk selaku Presiden KTMB kepada semua Pegawai Utama RUM dengan mengunakan strategi "pekerja".

Tahniah Datuk Presiden KTMB kerana berani bermain api dengan RUM, kenali Railwaymen Union Of Malaya, sejarah penubuhan sebelum dikenali RUM, kami mempunyai 6 kesatuan sekerja dalam KTM seterusnya bergabung menjadi RUM.

Untuk pengetahuan Datuk Presiden KTMB pelopor penubuhan RUM adalah orang yang pertama menubuhkan kesatuan sekerja pertama di negara ini yang dikenali Lokomotif Driver Union dengan no pendaftaran NO 1.

Pengasas RUM telah berdepan dengan kepelbagaian kerenah, tuduhan seperti subversif dan Komunis dalam usaha untuk menubuhkan kesatuan sekerja yang pertama di negara ini. 

Hari ini RUM terus dipimpin oleh pewaris - pewaris pemimpin Kesatuan RUM terdahulu, "darah mereka, semangat mereka mengalir dalam darah perjuangan kami membela nasib kaum pekerja", sedikit pun kami tidak gentar dengan ugutan Datuk Presiden KTMB, ibarat api lawan dengan api... Kita tengok samada RUM atau Datuk Presiden KTMB yang terbakar diri.

RUM berjuang mempertahankan KTMB dan Warga KTMB. 

Datuk Presiden KTMB berjuang kerana apa?

Dasar hipokrit makan gaji buta!!

Railwaymen Union of Malaya akan membaham Datuk Presiden KTMB ibarat Harimau lapar! 

Kita akan tentang Datuk Presiden KTMB abis-abisan.........

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Related Posts:

  • KEYAKINAN RUM sentiasa yakin bahawa kemelut ini dapat diselesaikan dalam sedikit waktu, usaha-usaha gigih dengan bantuan pihak pihak tertentu dan sahabat akan membuahkan hasil. Keyakinan RUM sangat tinggi berdasarkan pertemuan de… Read More
  • Sidang Akhbar Anjuran Timbalan Ketua Bahagian Umno Lembah Pantai memberi sokongan pada RUM. Read More
  • Latest News (KEZALIMAN) Gambar Hiasan Kezaliman terus berlaku, "gantung kerja" & "buang kerja tanpa notis" terus bertambah. Tindakan Zalim "Datuk Presiden KTMB" dan "Yang Bersubahat" terus mengunakan undang-undang rimba. ZALIM SEZALIM-ZA… Read More
  • PERJUANGAN DITERUSKAN Minggu lepas kesibukan dengan Persidangan Perwakilan, maka kini kembali "all out" untuk mengerakkan kerja mengatasi masalah kemelut yang berlaku dengan "MENENTANG KEZALIMAN DATUK ELIAS KADIR PRESIDEN KTMB". Pihak - piha… Read More
  • SUMBANGAN Terima kasih kepada Presiden Uni- Global, yang sudi menghulurkan sumbangan ikhlas atas rasa simpati kepada Sdr Foad yang telah "kerja tanpa notis" bagi meringankan beban membiayai wang perubatan.  Kekejaman dan Pen… Read More