24 April 2014

ARAHAN UNTUK CAWANGAN PIKET 9/5 (BAS)

Ahli-ahli RUM yang terlibat dengan tindakan Piket, sila merujuk kepada cawangan, pihak ibu pejabat RUM menyediakan sekurang-kurangnya sebuah bas bagi satu cawangan di luar lembah Klang, sekiranya boleh setiap cawangan perlu menyediakan 2 buah atau lebih bagi satu cawangan. 

Pihak cawangan iaitu Pengerusi / Setiausaha dan Jawatankuasa Cawangan perlu berusaha gigih memastikan setiap ahli yang berfaedah turun untuk Piket 9/5.

Pergerakan BAS dari cawangan - cawangan RUM mestilah bersesuaian dengan waktu, perlu melihat persekitaran, cuaca dan kesesakan lalu lintas di sekitar kuala lumpur.

Adalah diharapkan, sebaik-baiknya BAS bertolak awal dan sebolehnya solat di Masjid Negara bagi memudahkan pengaturan keselamatan dan keselesaan ahli, jangan kelam kabut kerana ianya melibatkan keselamatan ahli, rancang perjalanan dengan bijak.

Pihak Ibu Pejabat berharap semua ahli-ahli RUM berkumpul di stesen KLO jam 3.45 petang untuk bacaan doa selamat dan taklimat keselamatan.

Harap maklum, kerana Piket yang terdahulu cawangan hadir agak lambat kerana kesesakan jalan raya.

Kerjasama amat dihargai.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Related Posts:

  • 1 MEI 2016 RNAA/ BERANI KERANA BENARKenangan dianugerahkan antara pemimpin kesatuan yang terbaik yang disampaikan oleh YB Dato Seri Menteri Pengangkutan, tapi itu tidak penting, itu hanya sebagai satu pengiktirafan namun tanggungjawab mana-mana pemimpin tidak a… Read More
  • KTMB Ucap Terima Kasih PM, Gaji Kakitangan Naik KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan meluluskan pelarasan gaji sebanyak 13 peratus untuk semua kakitangan bukan eksekutif dan tujuh peratus kepada eksekutif Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Pengerusi KTMB, Datuk Ir. … Read More
  • KERANA KOPI RUM MAHU MENJATUHKAN KERAJAAN (AKHIR)RUM telah pun menjelaskan dalam kenyataan-kenyataan sebelum ini bahawa pendirian RUM menyokong kepimpinan YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia. Malah dari sudut organisasi RUM, RUM banyak terh… Read More
  • Kami Bukan BaculJangan diusik & disentuh Railwaymens Union Of Malaya (RUM) makanya RUM akan bertindak balas, kami bukan bacul, kami Kesatuan Sekerja tidak boleh diletakan di bawah mana-mana pengaruh, kami akan bertindak balas dengan apa … Read More
  • HUJAH / FAKTA / HUBUNGAN BAIK & KEKUATANDalam perjuangan Kesatuan Sekerja kita berpendirian berdasarkan hujah dan fakta, tanpa hujah dan fakta kita akan diperlekehkan, namun begitu hujah dan fakta tidak mencukupi kerana ianya berdasarkan faktor tertentu misalnya da… Read More