10 April 2014

ANDAIAN DAN KOMEN RUM

Andai RUM jadi Presiden KTMB, pasti RUM tidak akan letak jawatan atas desakan kesatuan sekerja, buat apa nak letak jawatan, RUM SIAPA? 

RUM hanya akan bersedia letak jawatan sebagai Presiden KTMB setelah mengadap YAB Dato' Sri Perdana Menteri, sekurang-kurangnya boleh minta dengan YAB Dato' Sri Perdana Menteri jawatan lain.

Kalau letak jawatan kerana RUM, mana boleh.... nanti akan menunjukkan RUM yang berkuasa di KTMB.

Komen RUM

Itu sebab RUM akan mengunakan pendekatan"MENDESAK" dengan mengadakan PIKET untuk meminta Kerajaan menamatkan perkhidmatan Presiden KTMB, kerana RUM tak nampak hala tuju KTMB, tempoh 2 tahun Datuk Presiden KTMB, KTMB hilang arah, so lagi lama Datuk Presiden KTMB berada di KTMB akan lagi bermasalah, yang jadi mangsa ialah pekerja, warga KTMB dan penumpang yang juga rakyat Malaysia.

Tak kan Kerajaan nak duk diam melihat KTMB terus begini tanpa sebarang pembaharuan dan pemulihan, nanti rakyat cakap kerajaan tak ambil peduli mengenai KTMB, maknanya seolah-olah kerajaan tak ambil peduli kepentingan rakyat Malaysia.

RUM buat sedemikian bukan kerana nak tunjuk kuasa RUM, tapi RUM SAYANGKAN KTMB, RUM mahu melihat KTMB dipulihkan! Kalau RUM berdiam diri, maka RUM seolah-olah bersekongkol untuk menjatuhkan KTMB!.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB