24 April 2014

ROAD SHOW RUM (PEMAHAMAN UNTUK PIHAK YANG BERKENAAN, TAFSIRAN UNTUK ARTIKEL CA YANG CUBA DIPERTIKAIKAN, FAHAM MAKSUD INI SEDALAM-DALAMNYA)

Tujuan Road Show adalah menerangkan kedudukan KTMB seterusnya bertujuan untuk menyelamatkan KTMB, tindakan sedemikian adalah selaras dengan Perjanjian Bersama di bawah produktiviti yang bermaksud membantu KTMB dalam mencari jalan penyelesaian bagi meningkatkan pendapatan KTMB disamping mengalakkan pekerja terus berkhidmat dengan penuh dedikasi.

RUM beranggapan tanpa pemulihan drastik maka KTMB akan hilang arah sehingga menghakibatkan penambahan kerugian yang mampu menjejaskan perkongsian faedah kepada pekerja.

Justeru itu kegagalan Presiden KTMB mengurustadbir KTMB menjadikan implikasi besar bukan sahaja kepada Bukan Eksekutif tapi Eksekutif.

Maka harus disedari bahawa peruntukan Akta Perhubungan Perusahaan adalah sentiasa dipatuhi, demi memastikan KTMB dan Pekerja sentiasa bersama kearah memertabatkan KTMB secara langsung memberi faedah yang baik kepada pekerja.

Perlu disedari bahawa KTMB adalah milik "Kementerian Kewangan Diperbadankan" bukannya "hak individu", setiap pekerja termasuk Presiden KTMB tertakluk dengan tawaran kontrak oleh kerajaan, pekeliling kerajaan termasuk mematuhi peraturan dalam KTMB dan mematuhi undang-undang Negara.

Justeru itu Presiden KTMB tidak mempunyai kekebalan sekiranya gagal mematuhi tawaran kontrak dan pekeliling kerajaan. Fahami tafsiran secara mendalam termasuk dokumen kontrak yang ditandatangani oleh Presiden KTMB dalam surat tawaran.

Secara jelas, tujuan RUM Road Show adalah wajar demi kebaikan Syarikat, keutamaan RUM bukan sahaja untuk Pekerja, Syarikat, Rakyat malah untuk Kerajaan Yang Memerintah.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Related Posts:

  • Seperti langit dengan bumi Gambar Hiasan Soalan... ANTARA TUAN HAJI HELMI MOHAMMAD SENIOR VISE PRESIDEN KTMB DAN CONSULTANT MADE IN INDIA...... MANA LEBIH BAIK, BERPENGETAHUAN, BERPENGALAMAN, FAHAM BAHASA KERETAPI, JURUTERA BERTAULIAH, JUJUR, … Read More
  • SELAMAT DATANG KE KTMB YB. DATO IR HAJI NAWAWI PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH KTMB YANG BARU. 10.2.2014 - 10.2.2016 (KONTRAK SELAMA 2 TAHUN.) BELIAU ADALAH AHLI PARLIMEN LANGKAWI DAN JUGA SEORANG JURUTERA, JAWATAN TERAKHIRNYA PADA TAHUN 2004 IAL… Read More
  • Bersatu Pertahankan KTMB RUM akan mempertahankan KTMB, iaitu KARGO, INTERCITY, ETS, KOMUTER DLL sebagai aset kepada KTMB dan Warga KTMB dari diambilalih oleh mana-mana pihak. Menjadi satu kejutan, bila ada pihak yang berkepentingan bersetuju un… Read More
  • ANDAIAN RUM KALAU RUM DIPIHAK MMC.1. Ambilalih Kargo KTMB 2. Akan mengambilalih Maintenance Landasan Berkembar Ipoh - Padang Besar sebab :-     a) 5 tahun landasan baru tiada problem.     b) kos maintenance yang rendah     c) m… Read More
  • KOMEN PEMBACA DALAM INBOX FB KESATUAN. Berikut adalah komen yang diterima menerusi inbox Facebook kesatuan, yang menarik untuk dipaparkan. Tuan apa yg saya dengar projek double track Gemas-JB masih d KIV oleh kerajaan. Mereka sedang kaji kos high speed rail … Read More