24 April 2014

LAWATAN YB DATO PENGERUSI KE PANTAI TIMUR

RUM merakamkan ucapan terima kasih kepada YB Dato Pengerusi yang melihat sendiri landasan di pantai timur, sekurang-kurangnya Dato Pengerusi memahami kedudukan landasan di pantai timur, tahniah YB Dato kerana turun padang menyelami dan memahami situasi KTMB.

Inilah kedudukan sebenar landasan di pantai timur, dimana setiap pekerja dari Pengurus Wilayah, Pemandu Lokomotif sehingga penyelenggara landasan terpaksa berhempas pulas bekerja dalam keadaan takut dan berhati-hati kerana mencari sesuap nasi, tambahan pula tanggungjawab bagi memastikan penumpang yang mengunakan perkhidmatan keretapi berada dalam keadaan selamat sehingga sampai ke destinasi.

Kenapa sekarang selepas Dato Pengerusi masuk baru nampak bergerak, (kalau tenguk gambar dalam Facebook Dato Pengerusi, ramai pegawai KTMB malah Dato Presiden siap bagi penerangan pada YB Dato Pengerusi..... Macam bagus je...) selama 2 tahun yang lepas sebelum YB Dato Pengerusi masuk KTMB apa tindakan Presiden KTMB? yang ada dan yang nampak ialah letak papan kenyataan "caution" selepas tu kurangkan kelajuan, selain dari itu apakah tindakan untuk membaikpulih infra landasan. 

Ini contoh yang Dato Pengerusi lihat dengan mata sendiri, RUM dah tak larat nak bercakap, nak menulis surat, dah jemu dengan kelemahan urus tadbir.

Adakah ianya perlu tunggu 1 tahun lagi... 2 tahun lagi... 3 tahun lagi atau tutup perkhidmatan keretapi di pantai timur????

Tindakan segera perlu dilakukan.

1. Tamatkan perkhidmatan Dato Presiden KTMB, surat RUM adalah dalilnya, minit Mesyuarat MBP dan Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan dan Pekerjaan juga adalah dalilnya.

2. Cari penganti yang sesuai yang boleh berganding bahu dengan Dato Pengerusi.

3. Seorang Presiden yang bagus adalah seorang yang pro aktif, cepat mengenalpasti masalah, bijak menangani masalah, mampu membuat keputusan yang tepat yang penting faham maksud "problem solving", leader must be excellent!

4. Semua 1, 2 dan 3 beres.... In Syaa Allah harapan YB Dato Pengerusi melalui Business Plan di permudahkan.

RUM sangat berharap KTMB dipulihkan, untuk melihat KTMB diambang kecemerlangan.

"9/5"

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Related Posts:

  • TAHNIAH NUBESyukur serta Alhamdulilah...Allahuakhbar..!!! Maybank kehilangan saman fitnah terhadap NUBE Maybank hari ini kalah semua lima saman fitnah terhadap Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank, di Mahkamah Rayuan yang sebulat sua… Read More
  • KONONNYA BIJAKBila RUM ditunjukkan surat tadi, RUM terus katakan GM TMOD bijak... "kononnya bijak..." RUM tersenyum...  rakan-rakan mula bising... tapi dari sudut "human resource"... dasar dan amalan yang dipraktiskan selama ini tidak… Read More
  • WHATSAPP GROUPTerkejut juga bila komen dalam group whatsapp ni, kenyataan oleh PO yang menyatakan bila "left" group Whatsapp boleh keluar surat tunjuk sebab... hebat... kat mana dia belajar ni????? Sampai boleh jadi implikasi kepada PMS? … Read More
  • KERANI KAUNTER OUTSORCE (PT 4) TRANSFORMATION MANAGEMENT OFFICE (TMO)TMO adalah sebuah jabatan yang merangka Plan Transformasi KTMB, sudah tentu skop peranan dalam merangka Plan Transformasi khususnya Kerani Kaunter dalam mencari penambahbaikan dengan idea-idea "inovatif" yang mampu membawa ke… Read More
  • ELAK + SABAR = KEHARMONIAN PERUSAHAANRUM seboleh-bolehnya akan mengelak sebarang pertikaian, pertikaian sungguh memenatkan dan boleh menimbulkan kepelbagaian persepsi, RUM kini lebih suka berunding dan menyelesaikan masalah sekiranya wujud, bukan sesuatu yang mu… Read More