23 April 2014

CARI DUIT

Gambar Hiasan
Mungkinkah selepas ini kerja cari duit dibebankan kepada Pengerusi Lembaga Pengarah?

Kalau dilihat situasi sekarang, mungkin iya... Bagus... Sbb ini menunjukkan "commitment" yang tinggi dari Dato Pengerusi KTMB, buktinya melalui kesungguhan Dato mencetuskan idea melalui Business Plan yang dibentangkan semalam.

Namun mampukah seorang Pengerusi menjalankan tugas bersekalian tugas Presiden KTMB, kerana RUM menyedari bahawa Presiden KTMB kini tidak mampu menjalankan tugas, dalilnya surat-surat Kesatuan yang telah disahkan melalui Pekeliling yang dikeluarkan oleh GM TMOD.

Kalau begitu nak buat apa Presiden KTMB ini berada lagi dalam KTMB, baik bagi saja jawatan Presiden KTMB kepada Dato Pengerusi KTMB.... Ehhh... boleh ke....??? Kalau boleh....bagus sangat...

Kalau tak boleh... maka Kementerian Kewangan kena mencari pengganti dengan segera bagi memudahkan Pengerusi KTMB berganding bahu dengan Pengerusi KTMB kerana keperluan "gandingan yang baik" mampu menyaksikan Business Plan yang di cetus oleh Dato Pengerusi mampu diterjemahkan.

Melengahkan sesuatu kerja yang baik akan menghakibatkan kerugian kepada KTMB, warga KTMB malah Rakyat dan imej kerajaan turut tergugat.

Yang paling teruk ialah Imej YB Dato Ir Nawawi Ahmad yang berstatus Ahli Parlimen yang dijangka mempunyai masa depan yang cerah terbantut kerana kegagalan dalam merencanakan pemulihan KTMB.

Pastinya kami warga KTMB yang bercita-cita untuk meningkatkan kadar upah mengikut pasaran juga akan terbantut dengan alasan KTMB rugi (jawapan wajib).

Maka RUM mendesak Presiden KTMB hendaklah ditamatkan perkhidmatan demi memastikan hala tuju KTMB dipulihkan, seterusnya akan menjadi harapan kepada warga KTMB untuk menikmati upah mengikut pasaran semasa.

(9/5)

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Related Posts:

  • KTMB dijangka rugi RM55 juta tahun ini KUALA LUMPUR 7 Dis. - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dijangka mencatatkan kerugian RM55 juta pada tahun ini daripada jumlah kerugian terkumpul RM1 bilion, akibat kos operasi termasuk penyelenggaraan dan perkhidmatan y… Read More
  • SELAMI PERASAAN PEKERJA Bila baca kenyataan atau perkara yang diviralkan oleh banyak pihak samada benar atau tidak, selaku organisasi pekerja, RUM cukup terkilan. Cuba anda bayangkan anda ditempat pekerja, ketika itu pelanggan terkejut dengan … Read More
  • BAJU Saya tak pakai baju "INDIVIDU"... Saya tak pakai baju "KTMB"... Saya tak pakai baju "MTUC"... Saya tak pakai baju "WFTU"... Saya tak pakai baju "POLITIK"... Saya pakai baju "RAILWAYMENS UNION OF MALAYA (RUM)" Presiden RU… Read More
  • AL FATIHAH انا لله وانا اليه راجعون  الهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه بِسْمِ  ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإ… Read More
  • MOHON KERJASAMA 1. RUM mohon semua warga KTMB atau Mantan Warga KTMB yang masih sayangkan KTMB jangan keluarkan sebarang kenyataan, gambar,  komen yang memburuk atau menjejaskan imej KTMB atau mengviralkan sebarang jenis yang sengaja… Read More