23 April 2014

LAWATAN DATO PENGERUSI KTMB

Tahniah Dato atas lawatan ke Pantai Timur, satu usaha yang sangat baik.

Untuk makluman Dato, isu track pantai timur adalah isu yang telah dibangkitkan oleh RUM di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Keselamatan Kesihatan dan Pekerjaan iaitu kedudukan landasan yang tidak selamat dan berisiko tinggi.

Dukacita dalam siri mesyuarat berkenaan jawapan yang diberikan ialah peruntukan tiada untuk diperbaiki.

Jawapan ini adalah tidak munasabah sama sekali, tanggungjawab mencari duit terletak pada Presiden KTMB bagi memastikan peruntukan ada serta membaiki landasan yang ditafsirkan sebagai kurang selamat.

Sepatutnya isu yang telah dibangkitkan perlu di beri priority yang pertama disebabkan aspek keselamatan! Safety! No Compromise! Untuk pengetahuan Dato.... DUIT TAK BOLEH BELI NYAWA...

Sekiranya berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini, jangan salahkan Warga KTMB tidak kira eksekutif, mahupun bukan eksekutif, kerana isu ini telah pun dibangkitkan dan telah diminitkan. RUM meletakan kelemahan ini pada Presiden KTMB!

Sehubungan dengan itu pihak RUM berpendirian Dato Presiden KTMB hendaklah ditamatkan perkhidmatan dengan segera! NO COMPROMISE!

Lagi lama, lagi KTMB bermasalah!


9/5

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-pekerja KTMB.