09 Mei 2014

Kesatuan Pekerja KTMB gesa Perdana Menteri singkirkan Presiden KTMB

Kuala Lumpur 9 Mei 2014 - Piket Nasional RUM, NUBE dengan semangat setia-kawan hari ini turun bagi memberi sokongan moral berjuang bersama-sama dengan rakan seperjuangan dalam perjuangan warga KPPKTMB mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menamatkan khidmat Presiden Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Datuk Elias Kadir untuk menyelamatkan KTMB dari terus merudum.

Railwaymen Union of Malaya (RUM) yang diterajui oleh Presiden Abdul Razak Md Hassan bersama barisan kepimpinannya telah dengan sedaya upaya berganding bahu bagi menyelamatkan KTMB dan warganya, Hampir lebih dari 1000 orang telah menyertai Piket pada hari ini, Cawangan RUM dari seluruh Semenanjung Malaysia juga turun beramai-ramai untuk memberi sokongan.

NUBE bersama-sama dengan warga Kesatuan yang lain hari ini turun menyokong RUM dalam Piket Nasional RUM dari 4.30 petang hingga 7.00 petang di perkarangan Ibu Pejabat KTMB.

NUBE sebagai rakan seperjuangan juga mendesak Perdana Menteri untuk menyingkirkan Presiden Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Datuk Elias Kadir diatas kegagalan beliau membawa apa-apa manfaat kepada warga pekerja KTMB dan khusunya kepada KTM sendiri.

Karnival Piket masih sedang berjalan, Ahli-ahli NUBE yang lain juga turut diminta turun ke Piket ini yang tamat pada pukul 7pm nanti.

Hidup Pekerja!

sumber FB NUBE

Related Posts:

  • PEKERJA VS PENGURUSAN (Generasi "Y")Kedua-dua pihak adalah sangat penting, saling berganding bahu untuk kepentingan Syarikat, hubungan dan kekeraban seperti saudara perlu dalam menjalinkan hubungan, jalinan hubungan yang baik akan memberi impak yang sihat untuk… Read More
  • GERAM Amboi YB ikut sedap mulut je, lepas tengkuk salahkan KTMB kemudian kaitkan dengan harga tambang komuter... YB jangan macam tu tak baik, RUM nasihatkan buatlah "homework" dulu sebelum buat kenyataan, malu tau... nama p… Read More
  • UNDIAN BAJET 2016 (GAJI MINIMA)RUM merakamkan terima kasih kerana meluluskan BAJET 2015. Dari kacamata RUM mengenai aspek pekerja ada 2 perkara yang RUM lihat memberi kebaikan. 1. Gaji Minima RM 1000.00 untuk Negara Maka dengan kelulusan ini semua Pekerja … Read More
  • MESEJ YANG DITERIMA MELALUI WHATSAPPAssalamualaikum Tuan.. Apa kabar....Sekadar bertanya.. Adakah KTMB akan di pecah pecahkn menjadi anak syarikat.. Apa yg saya dgr sekarang ni pun telah berjln membuat kertas kerja.. Bagaimana dgn RUM.. Menakutkn keadaan sekara… Read More
  • KESAH HUTANG Paling takut ialah hutang dengan ahli-ahli RUM, jenuh nak jumpa setiap orang nak minta halalkan, maklumlah duit RUM adalah duit ahli-ahli RUM melalui potongan yuran, tambah-tambah ajal maut bukan tangan kitakan... (Ing… Read More