09 Mei 2014

TERIMA KASIH

Alhamdulillah dan ucapan terima kasih kepada semua pejuang RUM dari semua cawangan, sahabat-sahabat RUM yang hadir berpiket di pekarangan ibu pejabat KTMB.

Hebat sungguh, luar biasa, sungguh sambutan yang luar biasa, semangat juang yang tinggi, hujan lebat, kilat sabung menyabung, sesekali tidak berganjak, hebat sangat-sangat, rasa bangga dengan semangat ahli-ahli yang sanggup basah kuyup.

Inilah perjuangan sebenar, inilah kesatuan sekerja.

Semangat Donald Uren terus hidup dalam memperjuangkan hak pekerja, kami ahli-ahli RUM mewarisinya, terima kasih Bro Donald Uren yang menubuhkan RUM pada 30.1.1961.

Terima kasih pada pihak keselamatan khususnya PDRM yang memberi kerjasama yang baik, kami sangat hargai.

Semoga perjalanan pulang semua pejuang-pejuang RUM ke destinasi sampai dengan selamat.

Semoga Allah Swt memakbulkan doa kami, kehendak kami dengan membuka hati YAB Dato Seri Haji Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia menamatkan perkhidmatan Datuk Elias Kadir sebagai Presiden KTMB.

Semoga perjuangan ini diberkati Allah SWT.

Hidup RUM
Hidup RUM
Hidup RUM 
Hidup Pekerja
Hidup Pekerja 
Hidup Pekerja

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Related Posts:

  • PETIKAN KOMEN DALAM SUARA RUM (di highlightkan) Apa nak cakap lagi? Kita pekerja... Kita kuli...Kita tenguk sahaja...Bukan kita yang kena.... Tadi ada seorang mesej saya sebut ayat "prihatin"..Adakah ayat "prihatin" ini "valid" lagi zaman ini? Sosial sudah terhaki… Read More
  • What is MTUC for? Tertarik dengan desakan ini yang di hantar dalam group Whasapp! What is MTUC for? MTUC please... Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB … Read More
  • PERJANJIAN BERSAMA KE 8 Kini Ibu Pejabat RUM sedang membuat penelitian dan kajian untuk menyediakan draf Perjanjian Bersama (CA) yang ke 8. Usaha gigih untuk menyediakan cadangan cadangan baru serta meningkatkan faedah yang sedia ada kepada lebi… Read More
  • KEMELUT RUM DAH SELESAI Sebelum ini RUM memberi tumpuan sepenuhnya kepada kemelut RUM, sehingga tidak dapat mengembelengkan tenaga atau menulis untuk isu - isu lain melibatkan pekerja atau melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kesatuan sekerja ga… Read More
  • SOLIDARITY Tanda sokongan dan simpati pada pekerja MAS... RUM menggalakkan ahli-ahli RUM menyertai candlelight anjuran NUFAM. Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB … Read More