07 Mei 2014

NUKILAN SEORANG KULI

Gambar Hiasan
Kita kuli...
Kita buruh...
Kita pekerja...
Kita bukan eksekutif
Kita mentimun...
Itulah kita dengan pelbagai gelaran nama... tapi kita tetap seorang kuli...

Adakala orang tak pandang kita, kerana kita seorang kuli...
Adakala orang benci kita, kerana kita adalah kuli...
Siapa mahu dengar cakap kita? Kita kan kuli....
Adakala... Oh...aku bayar gaji... Kau kena kerja.... kerana kau kuli...
Hinanya seorang kuli...

Kuli bangkit...
Kuli bersatu...
Kuli lawan...
Kuli kibarkan panji-panji perang...
Kuli gegarkan....
Kuli jadi timun...kasi lenyek itu tempoyak...

Kuli bersuara demi masa depannya...
Kuli akan tentang mereka yang akan mengancurkan kuli...
Kerana kuli ini sangat sayangkan KTMB...
Kerana kuli ini perlu memikirkan masa depan...
Kerana kuli ini hanya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang,
Kerana kuli ini mencari sesuap nasi untuk anak dan keluarga.

TUNGGUUUUUUU......

9/5......

KULI BANGKIT...
KULI KASI GEGAR...
KULI MAHU PRESIDEN KTMB DITAMATKAN PERKHIDMATAN!!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB