24 Mei 2014

PROSEDUR TINDAKAN TATATERTIB (untuk pemahaman ahli)

1. Ahli-ahli yang menerima surat tunjuk sebab adalah dinasihatkan seberapa segera berjumpa dengan mana-mana pegawai Kesatuan yang terhampir atau ke ibu pejabat RUM untuk mendapatkan khidmat nasihat.

2. Khidmat nasihat akan diberikan kepada ahli-ahli bagi membantu menjawab surat tunjuk sebab.

3. Kegagalan menjawab surat tunjuk sebab dengan tepat akan menghakibatkan ahli-ahli yang tertuduh akan dikeluarkan satu surat pertuduhan untuk diadili melalui melalui proses "siasatan dalaman". Kegagalan ini juga akan menghakibatkan kesukaran pegawai Kesatuan untuk menyediakan hujah-hujah yang tepat bagi menangkis surat pertuduhan sekiranya dikeluarkan oleh pihak pengurusan.

4. Pekerja yang tertuduh yang,juga ahli kesatuan perlu berjumpa atau ke pejabat kesatuan sesegera mungkin sebaik mendapat surat pertuduhan.

5. Pihak kesatuan akan menamakan pegawai Kesatuan dari kalangan Jawatankuasa Perhubungan Perusahaan RUM, untuk mewakili ahli yang tertuduh dalam "siasatan dalaman".

6. Pegawai Kesatuan yang mewakili ahli tertuduh akan memanggil ahli yang tertuduh untuk satu sessi soal siasat bagi mendapat pemahaman yang jelas mengenai ayat pertuduhan di dalam surat pertuduhan serta memahami susur galur kejadian sehingga menyebabkan pekerja yang juga ahli Kesatuan dikenakan pertuduhan.

7. Persediaan soalan jangkaan pendakwa bagi pihak majikan oleh pegawai kesatuan bagi proses bengkel siasatan dalaman.

8. Satu sessi bengkel "siasatan dalaman" akan dibuat dengan memanggil tertuduh ke pejabat kesatuan untuk proses "pra siasatan dalaman" yang turut dihadiri jawatankuasa Perhubungan Perusahaan bagi memastikan semua hujah-hujah menolak surat pertuduhan. Proses pra "siasatan dalaman" ini mencari solusi yang terbaik, memahamkan pekerja tertuduh yang juga ahli Kesatuan tentang proses siasatan dalaman, serta menyediakan hujah-hujah tambahan bagi persediaan proses "siasatan dalaman" yang sebenar.

9. Proses "siasatan dalaman" sebenar dijalankan oleh pihak pengurusan diketuai :-
1. 3 panel iaitu 1 Pengerusi Panel dan 2 sebagai Panel.
2 Tertuduh
3. Pendakwa 
3. Wakil Pekerja.
4. Saksi pihak majikan (jika ada)
5. Saksi pihak tertuduh (jika ada)

10. Proses selanjutnya ialah penyediaan "submission" oleh pegawai Kesatuan untuk membuat konklusi dari siasatan dalaman sebenar dan menyerahkan pada Pengerusi Tindakan Tatatertib KTMB dalam tempoh 14 hari.

11. Menunggu keputusan dari Jawatankuasa Tindakan Tatatertib KTMB.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB