Gambar hiasan |
Lalu petani itu berbincang dengan anak-anaknya, dikata pada anaknya, bahawa upah kerja potong rumput tak cukup menanggung kehidupan, maka dipakat dengan anak-anak, agar mengusaha sebidang tanah ini.
Anak-anak petani tadi bersetuju, sangat bersemangat dan bercita-cita tinggi untuk merobah kehidupan dengan mengusahakan sebidang tanah dengan bercucuk tanam agar dengan kerja kuat ini akan mampu mengubah masa depan.
Maka petani dan anak-anaknya membanting tulang 4 kerat, dari semak samum, diterangkan, dari tanah yang terang di buat batas, di tanam benih, disiram air, di bubuh baja, tanpa mengenal penat dan lelah, walaupun bergelen-gelen peluh tertumpah ke bumi, tapi semangat petani dan anak-anaknya tetap membara, terus berusaha gigih, tanpa mengenal penat, petani dan anak-anaknya percaya kalau ada rezeki pasti tidak kemana, walaupun memakan masa yang lama.
Hari makin hari, usaha yang dilakukan dengan tulang 4 kerat mula menampakan hasil, putik-putik bunga bercambah dengan lebatnya, tersenyum puas sipetani dan anak-anaknya.
Bunga-bunga yang keluar dijaga dengan baik, agar tiada yang gugur, kerana bunga ini akan berputik menjadi buah.
Usaha menjaga tidak pernah jemu, dari putik jadi buah, buah buah yang banyak itu mula ranum, tersenyum puas si petani dan anak-anaknya, kerana tak lama lagi akan menuai hasil.
Sampailah masa untuk menuai buah, si petani dan anak-anaknya mula memetik buah, dimasukan dalam bakul sehingga penuh. Petani dan anak-anaknya pun membawa ke pasar dan menjual hasil penat lelah setelah beberapa lama membanting tulang, maka terjual hasil dengan pendapatan lumayan, lalu diagih pada anak-anaknya sama rata, kerana sama-sama bersusah payah, gembira sungguh petani dan anak-anaknya kerana mampu mendapat pulangan yang banyak.
Tetiba muncul pula satu makluk, yang tak semena-mena mengaku sepupu sepapat cuba meminta pada si petani agar hasilnya dikongsi bersama, katanya rezeki yang diterima perlu dibagi sama rata, walaupun tanpa setitik peluh yang mengalir, dia tetap mahu bahagiannya kerana kononnya ada darah keturunan dari sebelah bapa si petani tersebut.
Kata petani itu... ambillah kalau tak malu.... ambillah kalau rasa tak bersalah.... ambillah... walaupun satu ketika kau mengata... kau menghina... biarlah Allah Swt menilai perilaku mu itu, tak sedarkah kau.... tanpa setitik keringat yang mengalir dari aku dan anak-anak ku, hasil ini tidak mungkin dikecapi, tanpa semena- mena kini kau pula mengaku kau sepupu sepapat ku...
Anak-anak si petani tadi rasa marah, penat lelah, keringat yang mengalir ke bumi, peluh yang menitik membasahi baju, kotoran dan lumpur terpalit di baju kini terpaksa di kongsi bersama....
Di kata pada bapanya.... Adilkah ini bapa?
Dijawab bapanya.... Tidak adil anak-anak ku.... tapi biarlah.... mudah-mudahan dibuka pintu hatinya untuk bersama-sama mengusaha tanah ini, kerana mereka yang tidak berusaha bersama-sama memerah keringat, hasilnya belum tentu berkat, kerana sepupu sepapat kamu mendapatkan hasil dengan memerah keringat kamu, di pesan pada anak-anaknya lagi... sabarlah anak ku.... kerana apa yang kita usaha, apa yang kita lakukan adalah rahmat belaka, lagi pun anak-anak ku.... rezeki yang kita terima dengan penat lelah ini bukan sahaja berkat tapi halal.... oh anak ku...
Sipetani dan anak-anak tetap berusaha dan terus berusaha, kerana usaha gigih pasti membuahkan hasil, biarlah mereka yang tak mahu berusaha, tapi hanya mahu hasil dan untung dengan memerah tenaga orang lain, kita berdoa semoga Allah Swt membuka hati dan berusaha bersama-sama kita untuk mencapai apa yang dicita tanpa memerah tenaga orang lain.
KENYATAAN RASMI KESATUAN PEKERJA2 KTMB