17 Mei 2014

PERLANTIKAN BARU (MOF)

RUM berharap Kementerian Kewangan dapat menyegerakan perlantikan baru Presiden KTMB, syarat-syarat kontrak sangat jelas, bagi menamatkan seorang Presiden, RUM sendiri mengetahui syarat-syarat kontrak berkenaan.

Kementerian Kewangan (MOF) tidak perlu lama untuk membuat keputusan, kerana mereka sendiri menyedari kedudukan Datuk Elias Kadir "NON PERFORMING PRESIDENT".

Janganlah membiarkan atau membenarkan KTMB terus merudum, RUM hampir-hampir beranggapan seolah-olah ianya disengajakan sebagai satu strategi untuk mengadaikan KTMB.

Perlantikan kali ini hendaklah tempoh kontraknya hanya selama 2 tahun sahaja, bagi memastikan Presiden KTMB yang dilantik benar-benar "PERFORM", sekiranya "PERFORM" baru boleh dipertimbangkan untuk penyambungan kontrak semula, sekiranya tidak, maka kontrak hendaklah ditamatkan. Jangan macam sekarang kerana kontrak 3 tahun itu terlalu lama.

Justeru itu RUM mendesak MOF menamatkan perkhidmatan Presiden KTMB dengan segera.

Kami RUM tidak berhasrat untuk berpiket ke Putra Jaya, tapi jangan memaksa kami untuk berpiket ke Putra Jaya.

Kami RUM sentiasa bersiap sedia berjuang sehingga berjaya.

"SELAMATKAN KTMB, 
SELAMATLAH PEKERJA"

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Related Posts:

  • RUM MENYOKONG ECRL DIBATALKANRUM tetap menyokong projek ECRL dibatalkan, KTMB yang perlu diberi perhatian, keutamaan tetap keutamaan, kemudian tetap dikemudiankan, bukan dianak-tirikan, kerajaan yang memerintah perlu membuka lebaran baru dengan mengutama… Read More
  • DASAR LAMA/ DASAR BARUECRL bila baca komen politik kita akan bercelaru... tapi tak kesah, RUM bukan parti politik..  kepentingan RUM adalah menjaga kepentingan pekerja dan KTMB, soal politik kita ketepikan, soalnya KTMB telah lama dianaktirik… Read More
  • KERJA DENGAN CEMERLANG ITU "BULLET" RUM selalu mengharapkan semua pekerja tidak kira apa gred menunjukkan komitmen kerja 100%, tiada kecuaian, malas, disiplin yang baik, berdedikasi, bekerja melintasi job speck atau luar biasa, ini akan membuktikan kita bersung… Read More
  • 100 HARI TEMPOH PEMBAHARUAN RUM amat memahami dari sudut logik mana-mana janji dalam tempoh 100 hari tidak mungkin dapat dilaksanakan berdasarkan dalam usaha mana-mana peneraju untuk membetulkan organisasi yang organisasinya berada dalam keadaan "TENAT"… Read More
  • Selamat Hari Raya Haji Read More