13 Mei 2014

TRANSFORMASI PENGANGKUTAN (NKRA)

Tadi kawan bagitau ucapan YAB Dato' Sri Perdana Menteri memamklumkan NKRA Transformasi Pengangkutan KTMB iaitu komuter adalah mencapai 94% bermakna komuter telah mencapai Transformasi NKRA.

RUM bersetuju dengan kenyataan ini malah diakui benar.

Apakah ianya kejayaan idea Datuk Presiden KTMB?

Jawapannya - "NO!"

Suka dijelaskan Datuk Presiden KTMB bernasib baik bila kehadiran Six Car Set (SCS) yang hadir tika di bawah teraju beliau.

Bermakna kehadiran SCS yang membantu mengatasi masalah pengangkutan dan rungutan penumpang di lembah Klang bukanlah idea yang dicetuskan oleh Datuk Presiden KTMB.

Letak pun siapa pun Presiden KTMB maka komuter KTMB tetap mencapai peratusan tertinggi.

Ibarat kata kehadiran SCS di bawah pentadbiran Datuk Presiden KTMB seperti kena "loteri".

So Datuk Presiden KTMB tidak boleh mengunakan isu pencapaian NKRA mengenai komuter sebagai satu kejayaan.

Kejayaan perlu dinilai dari semua sudut, penilaian RUM jelas dari semua sudut Datuk Presiden KTMB adalah "NON PERFORMING PRESIDENT"!

Justeru itu Datuk Presiden KTMB "hendaklah" ditamatkan perkhidmatan dengan segera!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB