18 Mei 2014

Brake Block 2 (PANAS)

Suka atau tidak suka, brakeblock terpaksa disegerakan pembeliaan, kelewatan akan menjerumuskan kepada lumpuhnya perkhidmatan keretapi.

Gambar hiasan
Lembaga Pengarah duk wat apa? Duk lena tidur diulit mimpi indah ke? Duk bersekongkol dengan Presiden KTMB ke? Duk datang mesyuarat kutip elaun saja ke?

RUM mula bertambah-tambah nak marah..... Kalau benda kecil macam ni pun nak jadi isu.... Kalau rasa tak mampu mengodak Presiden KTMB letak saja jawatan.

Kepantangan RUM kalau benda-benda macam ini pun boleh jadi isu, apa tah lagi "kalau" atau "macam" atau "seolah-olah" nak menjahanamkan KTMB.

Bangun dan bangkitlah wahai Lembaga Pengarah KTMB, anda semua akan terpalit dengan kelemahan Presiden KTMB.

Bertindak segera sebelum masalah lebih teruk dalam KTMB.

Ingat..... Warga pekerja KTMB yang mengharapkan pembetulan dan pemulihan segera kerana masa depan kami warga pekerja bergantung pada KTMB, malah KTMB ibarat "BAPAK KAMI YANG PUNYA"!

Jangan nanti sampai ada pihak kata dah terlambat nak memulihkan KTMB maka jalan yang terakhir ialah mengistiharkan bankrup seperti yang berlaku pada Syarikat Penerbangan MAS.

RUM dah bangkitkan isu ini cukup lama dengan setiap sesalinan surat dihantar kepada semua Lembaga Pengarah KTMB.

So????????

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Brake Block