08 Mei 2014

PIKET

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

In Syaa Allah esuk RUM berpiket, sdr2 sedia maklum tujuan kita berpiket ialah menolak Presiden KTMB iaitu dengan mendesak Kementerian Kewangan menamatkan perkhidmatan Presiden KTMB secepat mungkin, demi menyelamatkan KTMB dari terus merudum berdasarkan tempoh 2 tahun perkhidmatan Presiden KTMB gagal dalam mengurustadbir dengan baik malah tiada sebarang pembaikan mahupun pemulihan yang dilakukan. Implikasi kepada kegagalan ini akan melibatkan kerugian kepada KTMB, PEKERJA, RAKYAT DAN NEGARA.

Tagline piket RUM ialah :-
SELAMATKAN KTMB MAKA SELAMATLAH PEKERJA.

Justeru semua peserta piket dari semua cawangan RUM hendaklah berada di Stesen Keretapi Lama (KLO) untuk berkumpul tepat jam 4.00petang.

Agenda :
Jam 3.30 petang
Peserta piket sila berjumpa dengan urusetia piket di tempat parking untuk mengambil tshirt dan peralatan piket.

Jam 4.00 petang
- berkumpul distesen keretapi lama.
- bacaan doa selamat.
- taklimat keselamatan.

Jam 4.30 petang
- bergerak beramai-ramai dari stesen keretapi lama menyusuri terowong ke pekarangan ibu pejabat KTMB.
- gempur dengan suara keramat.

Jam 6.30 petang
- Ucapan Setiausaha Agung RUM
- Ucapan Pemimpin-pemimpin Kesatuan yang memberi sokongan solidarity kepada RUM
- Ucapan Presiden RUM
- Sidang Akhbar
- Bersurai

Semoga semua pejuang RUM yang datang dari Utara, Selatan dan Pantai Timur dan tengah selamat sampai ke destinasi Piket.

Semoga perjuangan kita diberkati Allah Swt.

Hidup Pekerja!
Hidup RUM!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Related Posts:

  • Pekeliling: 20 Aircond Kita juga menyedari bahawa antara masalah yang dihadapi koc ialah aircond, ramai penumpang merungut dikala perjalanan ke destinasi yang dituju ada aircond koc mengalami kerosakan yang menghakibatkan kepanasan, pasti penumpan… Read More
  • Pekeliling 19 Hari ini dimaklumkan tren 83/84 di batalkan perkhidmatan, tapi yang hairannya lokomotif ircon masih meneruskan perkhidmatan, kalau koc ditahan KTMB akan kehilangan pendapatan malah melibatkan kerugian seperti mana mengunak… Read More
  • Pekeliling 21: KONKLUSI Kenapa ini semua berlaku? punca pada berlakunya perkara sebegini adalah kegagalan menyelami masalah yang ada, kegagalan penguatkuasaan, kegagalan melihat asas, kegagalan mengetahui persekitaran dalaman dan luaran. Bila … Read More
  • The Star hari iniAkhbar The Star hari ini … Read More
  • Pekeliling 18 Tren 1tn hanya manarik 2 koc sahaja, setelah berkuatkuasanya pekeliling hari ini 29 Mac 2014. Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB Pekeliling 1 Pekeliling 2 Pekeliling 3 Pekeliling 4 Pekeliling 5 Pekeliing 6 Pe… Read More