30 Mac 2015

RAILWAYMEN UNION OF MALAYA TETAP HEBAT

Pada awalnya Datuk Presiden KTMB telah memenangi strategi dengan menakutkan pemimpin-pemimpin kesatuan sehingga membuatkan kedudukan kesatuan hampir kucar - kacir sehingga saya selaku Presiden RUM hilang fokus kerana terlalu banyak masalah keliling berlaku dan cuba diselesaikan tapi agak buntu.

Hari ini RUM telah kembali pulih seperti sediakala dan boleh menumpukan fokus kepada matlamat tentang kemelut antara RUM dan Presiden KTMB seterusnya memfokuskan matlamat SELAMATKAN KTMB DAN SELAMATLAH PEKERJA.

Alhamdulillah, syukur pada Allah Swt dalam menangani isu yang berat ini dapat dilakukan dengan baik, penyelesaian telah dihuraikan. Maka strategi Datuk Presiden KTMB adalah "GAGAL", kini RUM melangkah lagi satu arah untuk terus berjuang selaras dengan peruntukkan undang-undang.

Datuk Presiden KTMB, RUM tetap akan terus hebat dan tidak sesekali boleh diletakkan di bawah "PENGARUH MAJIKAN", pemimpin pergi, makin ramai pemimpin yang ganti dan mereka benar-benar "PEMIMPIN TULIN", yang boleh digelar "UNIONIST".

Mantan Presiden RUM "DONALD UREN adalah idola kami, "DONALD UREN" terus meninggalkan "PEJUANG - PEJUANG TULIN" dalam arena "KESATUAN SEKERJA".
Kami akan terus berjuang demi ahli-ahli RUM seterusnya untuk warga KTMB dan yang penting kami akan menjaga kepentingan KTMB.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB