07 Mac 2015

FIKIR

Bila kita nak kenaikan pelarasan gaji...
Kita tanya dengan RUM..
Bila kita nak Bonus..
Kita akan tanya dengan RUM
Bila kita nak elaun baru atau peningkatan elaun..
Kita cari RUM..
Bila kita nak upgrade...
Kita cari RUM..
Bila kita di aniaya..
Kita minta tolong dengan RUM..
Bila Pengurusan nak naikkan sewa kuarters...
Kita cari RUM..
Bila kita di tuduh melakukan kesalahan...
Kita akan cari RUM
Bila kita kena tukar...
Kita cari RUM...
Maknanya serba serbi masalah pekerja kita akan cari RUM, di sini peranan RUM berusaha sedaya upaya membantu ahli-ahlinya...
Tapi...
Bila tak dapat...
Kita nak salahkan SIAPA?
Adakah salahkan RUM?
RUM hanya perantara bagi ahli-ahlinya...
Yang tak bagi tu Pengurusan KTMB..
Kalau RUM apa saja diminta pasti akan RUM bagi....
Tapi kalau Pengurusan KTMB tak bagi.... nak salahkan RUM ke?
Maknanya kita kena marahkan Pengurusan KTMB...
Kenapa kita tak marah?
Takut? Teloq tak dak kot? Yang pandai duk buat fitnah, duk tuduh RUM bukan - bukan. ...
Ini nak habaq mai....
Untuk mendapatkan sesuatu bukan sahaja melalui:-
1. HUBUNGAN
2. FAKTA (Kertas Kerja)
3. RAYUAN
Kalau 1, 2 & 3 di atas di tolak oleh Pengurusan KTMB?
Apa kita nak buat....
1. Tenguk je..
2. Merungut
3. Menyalahkan RUM
4. RUM tak guna... sebab gagal...
Di sinilah peranan ahli-ahli... Kita tak boleh menyalahkan RUM, maka kita kena salahkan Pengurusan KTMB, siapa Pengurusan KTMB, pengurusan KTMB ialah Presiden KTMB, sebab semua keputusan kat Presiden KTMB.
Maka itu... caranya bagaimana?
Caranya ialah dengan "KEKUATAN", mengunakan peruntukan yang ada di dalam Akta Perhubungan Perusahaan (Akta 177)
Maka kekuatan itu ialah "TINDAKAN PERUSAHAAN".
Kalau kita takut untuk mengambil "TINDAKAN PERUSAHAAN", kerana mungkin kita boleh dibuang kerja kerana majikan seperti Datuk Elias Kadir Presiden KTMB yang mengunakan undang-undang rimba, maka.....
KITA REDHA LAH!
BERSYUKUR APA YANG ADA!
JANGAN MERUNGUT!
Kerana apa?
KITA TAKUT!
Kerana apa?
Teluq kita tak dak!
Maka....
Selagi kita TAKUT...
Selagi kita duk nak cari salah orang...
Selagi kita duk layan fitnah...
Selagi kita lemah....
Maka itu PRESIDEN KTMB boleh bermaharajalela. .
Presiden KTMB boleh jadi Diktator ..
Presiden KTMB jadi Zalim dan Rakus...
Yang jadi mangsa adalah kita...
Kerana...
HANG JANGAN LUPA... KITA NI KULI!
BANGKIT....
BANGKIT....
BANGKIT...
JANGAN LENA DI ULIT MIMPI!!!
FIKIR...
INI LAH... KESATUAN SEKERJA
INILAH... RAILWAYMEN UNION OF MALAYA
PRESIDEN RUM
KENYATAAN RASMI KESATUAN PEKERJA2 KTMB