11 Mac 2015

IMPLIKASI PENURUNAN PENGANGKUTAN KARGO DAN PENUMPANG.

Gambar hiasan
Ramai yang beranggapan bahawa penurunan pengangkutan Kargo dan Penumpang lebih kepada "Ravenue", benar bila penurunan penumpang dan kurangnya larian kargo maka jawapan pasti ialah "RAVENUE".

So "RAVENUE" kurang apa pasal RUM nak sebuk - sebuk, itu kerja pengurusan bukan kerja RUM, kerja RUM adalah menjaga kebajikan dan faedah pekerja.

Benarlah kerja RUM menjaga kebajikan dan faedah pekerja, maka tak sepatutnya RUM sebuk - sebuk nak campurtangan kerja pengurusan.

Sebenarnya anggapan ini salah... kenapa?

Bila sebut faedah dan kebajikan pekerja, maka RUM melihat jangka pendek dan jangka panjang.
Jangka pendek ialah, pekerja kurang kerja atau tenaga kerja tidak dimaksimumkan.

Makanya pekerja hanya mendapat gaji pokok sahaja, sebab elaun sampingan untuk menambah pendapatan berdasarkan pendapatan kami yang rendah telah hilang, disinilah aspek tanggungjawab RUM dari aspek kebajikan, berdasarkan jangka pendek ini, ramai ahli-ahli RUM merungut kerana pendapatan sampingan telah hilang disebabkan kelemahan pengurusan.

Dari aspek jangka panjang, seperti mana telah dijelaskan sebelum ini, bahawa kita mahu KTMB maju serta mampu mencapai keuntungan, andai ianya berjaya, maka faedah pekerja seperti "gaji mengikut pasaran" boleh dinikmati, malah "bonus" tidak lagi bergantung kepada ehsan kerajaan, sebaliknya KTMB yang mungkin telah mendapat keuntungan mampu memberi "bonus" yang lebih baik dari kerajaan.

Seperti mana hasrat kerajaan tujuan menswastakan KTMB adalah menjadikan KTMB berdaya maju dan mampu memberi pulangan yang baik dan mampu berdikari.

Hala tuju atau hasrat penswastaan sebenarnya telah hilang, sebaliknya KTMB terumbang ambing di bawah kepimpinan yang lemah.

Maka itu, penyelesaian yang terbaik ialah Datuk Elias Kadir Presiden KTMB tidak perlu disambung kontrak sebaliknya memberi peluang calon baru yang berkeupayaan, mempunyai idea yang inovatif, mampu menyahut cabaran dengan hasrat memulihkan KTMB serta berusaha dalam satu tempoh KTMB boleh mencapai keuntungan seiring hasrat kerajaan iaitu penswastaan.

Kami pekerja KTMB kehausan untuk mengecapi perubahan malah kami bersedia menyahut cabaran demi memastikan KTMB berjaya di arena pengangkutan negara.

Presiden RUM

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB