01 Mac 2015

PANDANGAN RUM KEPADA YAB MENTERI PENGANGKUTAN MALAYSIA.

Pak Jonan iaitu Mantan CEO Keretapi Indonesia yang
berjaya memulihkan Keretapi Indonesia
Bila ceramah yang di utarakan oleh Presiden Kesatuan Pekerja2 Syarikat Keretapi Indonesia, terlintas di fikiran saya, kenapa tidak kita KTMB menimba ilmu dengan Keretapi Indonesia, pada saya ianya tidak salah, mungkin dengan perkongsian ilmu dengan Keretapi Indonesia, maka beberapa perubahan boleh dilakukan, kerana faktor kelemahan Perkeretapian di peringkat antarabangsa lebih kurang adalah sama.

Tambahan pula Menteri Pengangkutan Indonesia ialah Pak Jonan iaitu Mantan CEO Keretapi Indonesia yang berjaya memulihkan Keretapi Indonesia.

Maka Menteri Pengangkutan Malaysia boleh mengetuai satu delegasi berjumpa dengan Menteri Pengangkutan Indonesia untuk mencari sumber input pertukaran maklumat dengan niat membaikpulih KTMB.

Kita menyedari bahawa Datuk Elias Kadir Presiden KTMB telah gagal dan mantan sebelum Datuk Elias Kadir Presiden KTMB juga gagal, kedua-dua mereka ini adalah orang luar dan bukannya dari kalangan warga KTMB, kelemahan mereka terserlah bila KTMB tidak mampu meningkatkan pergerakan operasi, sumber pendapatan tidak mampu di tingkatkan, pemulihan landasan pantai timur, Lokomotif, Koc, Wagon dll tidak dilakukan sebaliknya KTMB di tahap yang lebih teruk, usaha yang ada hanya bergantung kepada Kerajaan, maka situasi ini mengambarkan KTMB tidak mampu berdikari.

Keperluan bergantung kepada Kerajaan memang perlu, ianya perlu ditentukan melalui satu tempoh atau had kewangan yang munasabah atau peruntukan menanggung "subsidi " berdasarkan kepada kos harga yang diberikan kepada pengguna yang di bawah pasaran. Ianya disebabkan penentuan tambang yang dikenakan ditentukan oleh Kerajaan tanpa mengikut kehendak pasaran.

Saya berharap Datuk Elias Kadir Presiden KTMB tidak disambung kontrak lagi yang dijangka berakhir pada 30 April 2015, genap tiga (3) tahun kontrak.

Maka dengan Presiden KTMB yang baru nanti, satu perkongsian ilmu atau maklumat dapat dilakukan dengan Keretapi Indonesia, mencari sumber pengetahuan yang mana mungkin boleh dilaksanakan di KTMB.

RUM sentiasa mengharapkan satu pembaharuan demi memulihkan KTMB sepenuhnya, kita tidak mahu sekadar bercakap dan bercakap tapi hala tuju tanpa implementasi akan menjuruskan KTMB berada di tahap yang sama atau mungkin lebih buruk keadaannya.

Imej Negara perlu dijaga dan di naikkan, kerana pengangkutan awam adalah sebahagian khidmat sosial untuk kepentingan rakyat, malah kebaikan kepada pemulihan ini akan memberi impak yang besar kepada KTMB khususnya kami kaum pekerja yang ketinggalan kadar upah mengikut pasaran.
Keutamaan RUM adalah untuk melihat KTMB berdaya maju mampu berdaya saing dan dalam masa yang sama memberi perkhidmatan kepada Rakyat keseluruhannya.

Presiden RUM

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Related Posts:

  • PELAJARAN MENTERI BESAR KEDAH Aku bukan nak bercakap pasal politik tapi nak bercakap pasal pelajaran dan seorang "kuli" bila seorang Menteri Besar dilantik, ramai yang menghina kerana pelajaran sekadar SRP, aku beranggapan ini satu penginaan kepada kam… Read More
  • TERBAIK (PEKERJA BANGLADESH)Satu langkah yang terbaik dan sangat dialu-alukan, sebagai kesatuan sekerja kita memang sangat berharap 1.5 juta pekerja bangladesh hadir dalam negara malah kalau boleh bawalah seluruh rakyat Bangladesh ke negara ini, kerana … Read More
  • UMUR PERSARAAN 62 TAHUN/PEKERJA KONTRAK Pada pandangan RUM, tuntutan ke 62 tahun ini belum sampai masanya lagi, kerana kerajaan baru sahaja mewartakan pindaan umur persaraan kepada 60 tahun. Ruang dan peluang kepada pekerja muda perlu diberikan termasuk kenaikan p… Read More
  • KWSP (BORANG) Borang KWSP17A (Khas 2016) - klik utk download RUM menyeru ahli-ahli RUM untuk mendapatkan borang KWSP seperti di bawah ini di pejabat KWSP berhampiran untuk tidak memberhentikan potongan simpanan pekerja sebanyak 3% iait… Read More
  • BILA SONGKOK PAKAI KAT KAKI, KASUT PAKAI KAT KEPALA Beginilah antara sifat yang terkeji perlu dihindarkan... biar kat mana kita... kejujuran dan prinsip tidak boleh diabaikan... antara kepentingan peribadi dan kepentingan organisasi tetap ada perbedaan yang tidak boleh sama… Read More