17 Mac 2015

SEMINAR RUM DI PORT DICKSON

Seminar yang dijalankan baru-baru ini di Port Dickson dengan kehadiran penceramah hebat dalam mendekatkan diri mengenal erti Perjuangan Kesatuan Sekerja serta memahami hala tuju RUM.

Ceramah ini mengunakan kos yang besar melibatkan lebih kurang RM 28,000.00. Wang ini adalah wang ahli-ahli melalui pembayaran yuran bulanan.

Maka itu, setiap peserta yang menyertai seminar berkenaan, hendaklah menterjemahkan dengan pengertian melalui perjuangan kesatuan sekerja.

Sekiranya gagal atau mengambil tindakan sebaliknya atau selepas kursus tersebut cuba meletakkan RUM di bawah pengaruh majikan maka peserta tersebut telah menyalahgunakan wang ahli yang di bayar untuk tanggungan perbelanjaan kursus.

RUM mengunakan peruntukan besar semata-mata untuk meningkatkan kefahaman kepimpinan dan terusnya berbakti kepada ahli-ahli, jangan jadikan ianya satu pembaziran, ahli-ahli di luar sana bergantung kepada pemimpin yang mempunyai jati diri yang kuat seterusnya mampu membela nasib mereka.

Presiden

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB