18 Mac 2015

TERBARU UGUTAN PADA PERWAKILAN RUM (Part 1)

Saya telah menerima maklumat bahawa Presiden KTMB telah mengarahkan Pihak Pengurusan TMOD iaitu mengeluarkan Notis Tunjuk Sebab akan dikeluarkan kepada semua Perwakilan RUM yang telah meluluskan media rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB iaitu SUARA RUM.

Tindakan sedemikian adalah jelas dan nyata ianya satu campurtangan dalam organisasi Kesatuan Pekerja2 KTMB di bawah seksyen 4 dan 5 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (Akta 177)
RUM akan buat satu sidang akhbar dan mendesak Menteri Sumber Manusia yang bertanggungjawab dengan Akta Perhubungan Perusahaan (Akta 177) campurtangan dengan segera.

Tindakan sedemikian adalah jelas dan nyata bersifat "Union Busting", satu tindakan "ZALIM" mengugut Kesatuan Sekerja, Pemimpin Kesatuan Sekerja, Memecahbelahkan Perpaduan Di kalangan Pemimpin serta Ahli-ahlinya, Meletakkan Kesatuan Sekerja di bawah Pengaruh Majikan dan Membunuh Kesatuan Pekerja2 KTMB.

SELAMATKAN RAILWAYMEN UNION OF MALAYA DARI KEZALIMAN PRESIDEN KTMB


Presiden RUM

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB