Cuba tenguk bulatan kuning... antara lain mengatakan bahawa kerugian telah berjaya dikurangkan kepada RM 80 juta pada tahun 2014.
RUM nak bertanya adakah kerugian dikurangkan berdasarkan peningkatan pendapatan operasi atau pendapatan lain?
RUM ingin mengatakan pengurangan pendapatan ialah berdasarkan kepada penjualan saham dalam MRCB iaitu lebih kurang RM 115 juta yang dianggap sebagai pendapatan.
Maksudnya pendapatan RM 115 juta bukan berdasarkan pendapatan dari operasi sebalik penjualan saham MRCB iaitu siapa pun jadi Presiden atau Pengerusi KTMB akan berjaya mengurangkan kerugian KTMB.
Cuba kita tenguk berapa jumlah tonnage kargo yang di bawa oleh KTMB , adakah jumlah peningkatan tonnage Kargo berjaya ditingkatkan?
Iya pendapatan Kargo berjaya ditingkatkan melalui penyelarasan tambang Kargo kepada operator maksudnya tambang Kargo dinaikkan sebaliknya jumlah tonnage pengangkutan Kargo sebenarnya berkurangan.
Maksudnya larian kargo tidak dapat dikembangkan melalui pendapatan operasi sebaliknya bergantung kepada kenaikan kadar tambang Kargo.
Jadi dimanakah hasil operasi dengan larian kargo?
Adakah itu satu kejayaan?
Seperti kenyataan RUM sebelum ini, kedudukan Kargo adalah berkurangan kerana kekurangan pembaikpulihan lokomotif serta kekurangan wagon.
Cuma pendapatan bergantung kepada kenaikan harga kargo serta melalui penjualan saham MRCB.
Adakah ini satu kejayaan?
Mungkin RUM akan buat kenyataan balas akhbar bahawa kenyataan ini satu pembohongan bagi menutup kelemahan Datuk Elias Kadir Presiden KTMB.
Break even.... menarik kenyataan ini, harapan yang sangat besar bagi kami, RUM nak tanya Dato Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB, berapa lokomotif KTMB ada? Berapa Lokomotif Overdue? Berapa Lokomotif IRCON? yang tidak menepati syarat keselamatan,? Berapa Lokomotif yang tersadai? Berapa Wagon sakit? Bilakah ianya dibaikpulih? Berapa peningkatan jumlah tonnage? Berapa jumlah lokomotif yang menepati prosedur keselamatan?
RUM bersedia berdepan dengan Dato Ir Nawawi Ahmad Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB secara terbuka, sekiranya kenyataan RUM ini salah.
RUM yakin ini adalah satu pembohongan, sekiranya kenyataan ini benar, RUM akan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Dato Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB.
Presiden RUM
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB