KING OF THE JUNGLE |
Hak kebebasan bersuara berdasarkan peruntukan Seksyen 10, Perlembagaan Persekutuan antara lain yang tidak boleh di sentuh ialah Raja - Raja Melayu.
Dalam bab ini, hak kebebasan suara yang RUM sentuh adalah Presiden KTMB. Presiden KTMB bukanlah seorang RAJA MELAYU yang tidak boleh disentuh, maka itu hak Kebebasan Bersuara melalui "SUARA RUM" yang diluluskan oleh Persidangan Perwakilan Tiga Tahunan Sekali kuasa tertinggi melalui peruntukan PERATURAN KESATUAN adalah suara yang tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan malah ianya selaras dengan Akta Perhubungan Perusahaan ( Akta 177) sebagai aktiviti-aktivii kesatuan sekerja.
Maka itu RUM nak bagitau pada Datuk Elias Kadir Presiden KTMB bahawa Datuk bukanlah "KEBAL" atau tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan sebagai RAJA - RAJA MELAYU yang boleh mengambil tindakan sebarangan terhadap PEMIMPIN - PEMIMPIN RUM kononnya melalui HAK DATUK sebagai Presiden KTMB terhadap kami sebagai Pekerja, justeru itu faham maksud penulisan sebelum ini di bawah topik "DI MANA HAK KAMI?.
Kesimpulannya DATUK ELIAS KADIR PRESIDEN KTMB tidak mempunyai "KEKEBALAN" sebaliknya pengiktirafan yang layak diberi ialah "KING OF THE JUNGLE" yang mengamalkan "SISTEM DIKTATOR" serta memusnahkan hak kebebasan bersuara, seorang yang bersifat zalim dan penindas kepada PEMIMPIN RUM.
Presiden RUM
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB