Saya menyeru semua Perwakilan dan ahli-ahli RUM terus bersatu, jangan berpecah, tindakan ini adalah 100% salah dari segi undang-undang negara dan antarabangsa, sebagai Presiden RUM yang telah diamanahkan akan mengambil tanggungjawab ini sepenuhnya.
JANGAN TAKUT, TINDAKAN PRESIDEN KTMB, TIDAK AKAN KEMANA, KERANA TINDAKANNYA BERSIFAT DENDAM PADA RUM DAN INGIN MELUMPUHKAN RUM.
Justeru itu terus perkukuhkan RUM kita menentang Datuk Elias Kadir Presiden KTMB yang bakal tamat kontraknya pada 30 April 2014.
Bersatu Teguh Bercerai ROBOH!
Presiden RUM
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB